54: Pelawaan Eusuf

363 54 0
                                    

Zarfan termenung jauh walaupun dalam keadaan hiruk-pikuk yang mengalahkan pasar di dalam dewan itu. Fikirannya melayang mengenangkan abangnya yang masih tak dapat dihubungi. 

Dalam diam, dia memanjatkan doa agar abangnya segera pulang. Dia tak betah duduk diam tanpa mengetahui apa-apa khabar tentang lelaki itu. 

Tambah pula, Batch Lagenda dan Tuan Yasir bagaikan sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Sesuatu yang dia dapat agak berkait rapat dengan abangnya..

"Zarfan, kau buat apa di sini? Bukan Cikgu Fatih panggil kau ke?" tegur Hanani yang kebetulan melalui barisan kerusi itu ketika ingin ke tandas.

Zarfan mengangkat kening. "Bila masa?"

"Laa... Nasir tak beritahu kau ke? Tadi abang pesan suruh beritahu kau yang Cikgu Fatih nak jumpa sebelum majlis bermula. Dia lupalah itu agaknya," balas Hanani.

Zarfan bangun. Dia terus keluar dari dewan itu setelah mengucapkan terima kasih kepada kawannya itu. Ketika melalui kawasan kantin, tiba-tiba telinganya menangkap suara sesorang memanggil namanya.

"Zarfan," ujar Nasir dalam keadaan tercunggap-cunggap setelah tiba di depan Zarfan. Dia menunduk memegang lutut sambil melepaskan lelahnya. Kelihatan peluh bercucuran membasahi dahinya. 

Zarfan sekadar menayangkan riak kosong melihat keadaan kawannya itu. Tangannya diseluk ke dalam kocek seluar.

"Cik... Cikgu Fatih pa.. panggil kau," beritahu Nasir yang masih lelah akibat berlari.

"Aku tahu".

Jawapan Zarfan membuatkan Nasir terus mengangkat kepalanya. Sia-sia sahajalah usahanya mencari Zarfan satu sekolah. 

Sudahlah penat! Alih-alih, kawannya itu sudah tahu terlebih dahulu.

"Kau pergi mana? Aku cari tak jumpa," marah Nasir. Sakit hati pula dia rasa.

"Ke mana lagi? Dewanlah. Kan ada majlis sambutan hari guru," selamba Zarfan membalas.

Nasir tercenggang. "Kau..." Jari telunjuknya ditunding ke arah Zarfan.

"Sejak bila kau pergi ke majlis macam ini? Bukan kau tak suka tempat yang ramai orang ke?" tanyanya tak percaya. Padanlah dia tak jumpa Zarfan di mana-mana.

Zarfan mengangkat keningnya. "Sudahlah, aku jumpa cikgu dahulu. Marah cikgu nanti tunggu aku punya lama. Semua salah kau," bidas Zarfan. Dia terus berlalu dari situ.

Nasir membeliakkan matanya. Dia.  mengomel sendirian. "Salah aku pula? Dia yang tiba-tiba berubah jadi malaikat apahal?"


* * * * * * * * * *

    

"Afan..." laung Eusuf. Dia mengangkat tangan melambai ke arah Zarfan yang sedang berjalan longlai melepasi pagar sekolah.

Zarfan mengangkat kepala. Terus dia mengharung lautan pelajar di pintu pagar sekolah itu lalu mendekati kereta Eusuf. Tangan dihulur untuk bersalam dengan lelaki itu.

"Kau lapar? Nak pergi makan?" ajak Eusuf sambil mengangkat keningnya.

"Abang Eusuf nak belanja ke?" Keterujaannya begitu hambar kedengaran. Barangkali kerana fikirannya yang tidak berpijak di bumi nyata. Dia masih resah memikirkan keberadaan abangnya.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now