56: Haiqal Demam

398 57 1
                                    

Eusuf merenung jam tangannya. Sudah pukul sembilan pagi. Sepatutnya, Zarfan sudah siap menunggunya di depan pagar. Tetapi sekarang, batang hidung budak itu lansung tak nampak.

"Dia tidur lagi agaknya," duga Danial sambil memandang ke jendela bilik Zarfan yang berada di tingkat dua rumah Tuan Yasir itu.

"Urmm, budak ini memang nak kena. Aku pergi tengok sekejap Danny," ujar Eusuf lalu keluar dari kereta. Dia menghampiri pondok pengawal keselamatan rumah itu.

"Assalamualaikum pak cik," tegur Eusuf dalam nada mesra. Dia mengukir senyuman lalu bersalam dengan pengawal keselamatan itu.

"Waalaikumussalam. Anak ini cari siapa?" tanya pengawal keselamatan itu. Dia mengenali wajah Eusuf yang sudah beberapa kali bertandang ke situ. Kerana itu, dia tak mencurigai apa-apa sebaliknya menyambut kedatangan Eusuf dengan tangan terbuka.

"Afan ada pak cik? Dia sudah berjanji dengan saya nak mencari abangnya hari ini. Tapi pelik saya dia tak keluar-keluar dari tadi. Rumah ini pun nampak kosong," balas Eusuf sambil melempar pandangan ke halaman rumah. Kelihatan semua pintu dan tingkap tertutup rapat seakan tak berpenghuni.

"Oh, kamu tak tahu cerita ke?" tanya pengawal keselamatan itu balik.
   
Eusuf mengerutkan dahi. "Cerita apa pak cik?"

"Petang semalam, Zarfan dipukul orang. Sebab itu, semua orang tak ada. Tuan Yasir dan Puan Maryam jaga dia di hospital dari semalam".

Berderau darah Eusuf mendengar jawapan pengawal keselamatan itu. "Hah! Betul ke pak cik?" tanyanya cemas.

"Betul. Tak akan pak cik nak tipu pula. Kalau kamu nak melawat, mereka ada di hospital Columbia Asia sana. Kamu tahu kan di mana?"

"Tahu pak cik. Terima kasih pak cik".

Tergesa-gesa Eusuf bersalam dengan pengawal keselamatan itu sebelum berlari anak kembali ke kereta Danial.
  
"Macam mana?"

"Kita pergi hospital Columbia sekarang. Afan masuk hospital semalam sebab kena pukul dengan orang," jelas Eusuf sambil tercunggap-cunggap.

Danial yang sedang meneguk air mineral tersedak. Laju dia mengesat air yang mengalir keluar dari mulutnya.

"Macam mana boleh jadi macam itu," tanyanya tak percaya. Baru semalam mereka makan bersama. Hari ini, Zarfan tiba-tiba dirawat di hospital.

"Aku tak tahu! Dan, kalau kau tak nak bawa, biar aku bawa! Kau tunggu apa lagi?!" marah Eusuf tanpa sengaja. Dia hanya terlebih cemas sejak mendapat khabar itu.

"Ya, ya. Aku bawa. Tenanglah Eusuf! Kau hubungi mereka yang lain dan beritahu tentang keadaan Afan," kata Danial sambil memandu kereta menuju ke hospital yang disebut oleh Eusuf tadi.

-----------------------------------------------------------

Afiq menolak pintu bakeri milik Umar Haiqal.

"Selamat datang encik... Oh, kau ke Afiq," nada ramah yang Sarah suarakan ketika menyambut pelanggan berubah apabila menyedari lelaki itu ialah Afiq.

"Kau buat apa datang ke sini?" tanya Sarah memandang Afiq yang sedang melilaukan matanya mencari sesuatu.

Afiq berpaling memandang Sarah. "Haiqal mana?"

"Ada dekat bilik dia di atas. Kenapa?"

Afiq membuat muka pelik. Dahinya dikerutkan. "Eh, dia tak kerja ke? Bukan selalu pada masa ini dia akan buat kek ke?"

Sarah mengangkat bahu sambil menjuihkan bibirnya. "Entahlah. Sejak bos balik semalam, dia tak lagi keluar-keluar dari bilik dia. Johan ada jenguk dia, tetapi dia kunci pintu," beritahunya sambil melangkah ke kaunter semula.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now