Silam 5: Kerinduan Eusuf

391 57 4
                                    

Lapan tahun lalu...

Eusuf termenung melihat ke bawah. Melihat Haiqal dan rakan batchnya yang lain sedang melepak ramai-ramai di pondok taman herba.

Patutlah kelas kosong. Yang ada hanyalah dia dan budak-budak perempuan.

Umar pula menghilang entah ke mana.

Kerana itu dia malas hendak duduk di dalam kelas. Dia bukan rapat mana pun dengan pelajar perempuan kelasnya. Senakal-nakal dia, dia tetap kekok bila dikelilingi perempuan.

Melihatkan keadaan dibawah, sedikit sebanyak dia terasa hati. Selama ini, dia selalu ikut melepak bersama geng Haiqal tanpa mengira masa. Macam-macam kenangan sudah mereka cipta bersama. Baik, buruk,semua diharung sama-sama.

Namun, segalanya telah berubah. Hanya kerana rasa simpatinya kepada Umar. Sayu matanya melihat mereka bergurau senda sesama sendiri sambil menikmati makanan.

Tanpa dia.

"Rindu ke?" sapa satu suara.

Eusuf menegakkan badannya. Dia berpaling ke arah Umar yang tersenyum manis. "Kau tak payah menyibuk!"

Dia mendengus lalu melangkah ke arah bertentangan dengan Umar. Malas hendak menghadap wajah Umar saat itu.

Kalau bukan kerana Umar, pasti dia tidak akan dipulau oleh gengnya. Terasa kesal kerana terlalu mudah bersimpati dengan Umar.

Umar sekadar membiarkan. Tahu bahawa hati Eusuf sedang bercelaru. Bahkan mungkin terluka. Iyalah, tiba-tiba mereka yang dianggap kawan sehidup semati tiba-tiba menjadi musuh.

Siapa pun yang ada di tempat pemuda itu pasti berasa kecewa.

"Danny..." Eusuf terkedu apabila terserempak dengan kawannya itu ketika baru hendak turun tangga.

"Oh kau rupanya pembelot," tutur Danial dalam nada dingin. Raut wajahnya kelihatan tegang. Tambah-tambah bila melihat kelibat Umar di belakang Eusuf. Terhenti langkahnya untuk mengambil dompetnya yang tertinggal di dalam beg.

"Dan, aku tak salah. Aku tak berniat pun nak berbaik dengan dia. Aku cuma..."

"Cuma apa? Cuma bosan dengan kitaorang sampai sanggup membelot!" tengking Danial. Dia mendengus lalu beredar pergi. Malas hendak menghadap muka pembelot itu lama-lama.

Baginya, Eusuf sekadar berpura-pura. Sungguh dia tak faham bagaimana Eusuf tiba-tiba boleh rapat dengan Umar. Siap boleh membelanja lelaki itu makan lagi. Sempat dia melanggar bahu Umar yang sekadar melihat adegan itu dari belakang.

Eusuf meramas rambutnya. Dia berpaling memandang Umar di belakangnya. "Semua salah kau!" Segala rasa marahnya dilepaskan kepada Umar. Hatinya benar-benar sakit.

Sungguh, dia tertekan!

Umar menggeleng kepalanya memerhati kelibat Eusuf yang mula menghilang dari pandangan mata. Dia mengalih matanya ke bawah pula, melihat Haiqal dan gengnya yang masih bersantai di taman herba.

"Alahai kawan. Dahsyat sangat cara kau hari itu. Tengok siapa yang susah sekarang?" bebelnya sendirian. Tak faham melihat Haiqal dan gengnya yang enak bergembira tanpa mempedulikan seorang kawan mereka sedang berdukacita.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now