23: Sahabat Lama

419 56 1
                                    

Eusuf merenung skrin telefon bimbitnya. Sudah beberapa kali nombor yang tidak dikenalinya itu menghubunginya. Hari ini sudah masuk seminggu nombor yang sama itu menghubunginya tanpa jemu.

Hendak diangkat, akal warasnya melarang.

Namun, nalurinya menggesa dia mengangkat panggilan itu. Manalah tahu, panggilan itu penting.

"Bismillah," gumamnya. Baru sahaja jarinya hendak menekan butang hijau, panggilan itu sudah dimatikan. Meninggalkan dua puluh panggilan yang tak berjawab dalam log telefonnya.

Sekali lagi hati dan akalnya berperang. Patutkah dia menghubungi nombor itu pula? Seminggu ini hidupnya tak tenang dek nombor asing itu.

Kedengaran lantunan lagu Jalan oleh al-Manna mematikan lamunannya. Skrin telefonnya ditatap sekali lagi.

Nombor yang sama.

Eusuf menarik nafas panjang. Dengan ucapan bismillah, dia menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum! Ya Allah, Eusuf! Leganya aku kau jawab panggilan aku akhirnya. Hoi, habis kredit telefon aku semata-mata nak hubungi kau, tahu tak!" sergah satu suara.

Eusuf terpana. Mata dikebil-kebil tak percaya. Bukan sergahan itu yang mengejutkannya tetapi suara itu.

Suara yang tidak pernah dia dengar sejak tujuh tahun lepas.

Dicubit pipinya sebelum dia mengaduh kesakitan. Nyata, apa yang dihadapinya sekarang ini adalah realiti, bukannya mimpi.

"Da... Danny?"

Suara di hujung corong sana menyepi. Hanya bunyi hela nafas yang kedengaran.

"Ya, ini aku Eusuf. Hahaha, aku tak sangka ini betul-betul nombor kau. Aku cuba nasib sahaja, tak sangka Allah masih izinkan kita menyambung ukhwah yang terputus tujuh tahun lalu. Wei Eusuf, aku tak mimpikan?" ujar Danial dalam nada sayu. Suaranya semakin lama semakin perlahan.

Eusuf turut sebak. Matanya mula memerah digenangi mutiara jernih. Hatinya melaungkan kebesaran Allah SWT.

Tak dia duga, di saat dia buntu bagaimana hendak menyatukan Batch Lagenda, Allah hadirkan Danial.

Sungguh, hatinya benar-benar memanjatkan seribu kesyukuran atas kejutan yang tak disangka-sangka itu.

"Kau tak mimpi Dan. Begitu juga dengan aku. Kau macam mana sekarang, Danny?" Eusuf mengutarakan soalan lazim bagi sahabat yang telah lama tidak bersua.

"Aku...aku baik-baik sahaja. Alhamdulillah, sekarang aku buka bisnes kecil-kecilan sahaja. Status...aku masih bujang lagi tetapi sudah bertunang. In sha allah, tahun depan aku naik pelamin. Kau pula?"

Eusuf tersenyum kecil. Hai, tak sangka kawannya seorang ini sudah maju meninggalkan dia bertapak-tapak di belakang. "Aku baru jejak Malaysia beberapa bulan lepas. Masih menganggur jawabnya. Aku bujang lagi, tunggu bidadari yang tak sudi," jawabnya.

Dia terbayangkan wajah manis Qaseh. Tahu dia tak berpeluang untuk menambat hati wanita itu. Bukan mengalah sebelum mencuba, tetapi tak mahu mengejar sesuatu yang sudah pasti bukan miliknya.

"Kau masih cintakan Qaseh ke?" tanya Danial. Kedengaran suaranya seperti terperanjat.

"Nak buat bagaimana. Aku tak jumpa lagi orang yang mampu curi balik hati aku dari dia," gurau Eusuf pasrah. Teringat pengakuan Qaseh yang wanita itu masih mencintai Umar.

Dia tergelak sendiri. Dia dengan Umar itu bagai pipit dengan enggang.

Sudah tentulah dia kalah.

"Sabarlah Eusuf. In sha allah, nanti adalah bidadari yang berkenan dekat kau," pujuk Danial.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now