24: Nasir dibelasah Zarfan

398 60 1
                                    

Zarfan berjalan sambil menyeluk kedua-dua saku seluarnya menuju ke kantin. Selalunya, dia tak makan di kantin. Dia sanggup berlapar sehingga pulang ke rumah petang nanti. Tetapi entah mengapa hari ini tekaknya terasa ingin menikmati nasi lemak mak cik kantin.

Usai membeli, dia menapak ke kawasan belakang sekolah pula. Malas hendak menjejak ke kelas. Tambah pula, masa rehat masih panjang. Baik dia menenangkan diri di situ dahulu sambil menikmati nasi lemaknya.

Sesekali ubah angin, apa salahnya?

"Hoi! Apa ini?!" marah satu suara yang cukup dikenalinya.

Zarfan berpaling ke kanan. Dia yang telah elok bersila di atas lantai, terus tak jadi membuka bungkusan nasi lemaknya. Matanya memandang Hakim yang sedang menghentak tubuh Nasir rapat ke dinding.

Kedua-dua tangan Hakim mencengkam kolar baju Nasir.

Zarfan mengerutkan dahi. Hatinya rasa tidak enak melihat keadaan itu. Lantas dia bangkit mendekati mereka lalu menyembunyikan diri di sebalik tiang.

"Kau memang tak faham bahasakan? Aku sudah bagi amaran jangan sibuk dalam hal aku. Yang kau gatal beritahu Nani itu kenapa?!" jerkah Hakim. Wajahnya kelihatan tegang.

"Bukan akulah!" Nasir membela dirinya. Dia rimas dengan tuduhan melulu Hakim. Walhal, bukan dia seorang yang tahu perangai Hakim yang sebenar.

"Jangan cuba nak menipu aku! Aku tahu kau yang suruh Nani jauhkan diri dari aku. Sebab kau, Nani benci aku!" bentak Hakim.

Sakit hatinya apabila Nani tiba-tiba berubah. Gadis itu sentiasa mengelak dari bertembung dengannya. Malah gadis itu telah tahu rahsianya. Siapa lagi yang dengki dengannya selain Nasir.

Nasir memang tak suka dia dekat dengan Nani sejak dahulu lagi.

"Bukan akulah, bodoh! Kau ingat aku tak kerja ke nak menyibuk dalam hal kau dan dia? Lagipun Nani bukan sebodoh kau! Dia tahulah nak menilai kaca dengan permata," bidas Nasir dalam nada yang sama.

Dia cuba menolak Hakim jauh darinya. Malangnya, Hakim lebih kuat darinya. Sedikit pun lelaki itu tak berganjak.

"Heh, nampak sangat kau yang beritahu dia. Nak menipu aku, konon! Jangan ingat senang-senang aku nak lepaskan kau selepas kau rosakkan hubungan aku dengan Nani."

"Kau gila ke Hakim! Aku pengawaslah. Tak pasal nanti, kau kena gantung. Tak akan sebab perempuan, kau nak digantung sekolah?" ujar Nasir dalam nada mengugut. Sungguh dia takut melihat sinar dendam yang terbias di kolam mata lelaki itu.

Mati dia!

Sudah tentulah dia tak akan terselamat dari cengkaman Hakim di tempat sunyi ini.

"Kau ingat aku kisah?" bidas Hakim. Dia menarik kolar baju Nasir kuat menyebabkan lelaki itu sedikit terangkat.

Nasir tercunggap-cunggap mencari nafas. Wajahnya mula membiru.

"Aku peduli apa dengan semua itu! Yang penting dendam aku terlunas!!" bentak Hakim.

Muka Nasir ditumbuk kuat sehingga kepalanya terpaling ke tepi.

Nasir meludahkan air liurnya yang berwarna merah. Bibirnya pecah.

Hakim masih tidak berpuas hati. Dia ingin menumbuk Nasir sekali lagi, namun tiba-tiba Zarfan muncul menghalang tindakannya. Remaja itu mencengkam lengan kanan Hakim dengan kuat sambil matanya tajam menikam mata Hakik.

"Za... Zarfan?" suara Hakim berubah gugup. Wajahnya berubah pucat. Wajah bengis Zarfan saat itu cukup untuk membuatkan dia menelan air liur dan mengigil ketakutan.

Aqil Zarfan.

Seorang pelajar yang selalu bersendirian dan berperwatakan dingin. Tiada seorang pun pelajar di sekolah itu berani menyentuh Zarfan. Aura dingin yang dibawakan oleh Zarfan membuatkan mereka kecut perut. Bahkan tak berani bertentang mata dengan pemuda itu.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now