18: Hari Sukan

405 57 3
                                    

Cikgu Fatih memandang suasana hari sukan dari atas astaka. Hendak berehat seketika selepas penat menjadi pengadil acara tarik tali tadi. Dia mengibas-gibas dirinya yang kepanasan dengan topi jerami.

Kedengaran bunyi hon. Hampir semua pelajar berlari mengambil tempat di tepi trek larian. Mereka semua tak sabar ingin menyaksikan acara lumba lari 4x200 bakal berlansung.

Ada juga yang sekadar melihat dari astaka sepertinya terutamanya ibubapa yang datang untuk melihat anak-anak mereka beraksi. Mereka berteduh dari panahan terik mentari sambil terus memberi sokongan kepada peserta yang bertanding.

Para peserta mula mengambil tempat masing-masing di trek larian.

Cikgu Fatih memandang Zarfan yang sedang berdiri tenang sambil berbual dengan rakan sepasukannya yang lain. Remaja itu turut menyertai acara larian itu. Zarfan ialah pelari terakhir dalam pasukannya. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Nasir dahulu.

"Zarfan nampak lain dari sikap biasa diakan, cikgu?" Bukan soalan sebaliknya kenyataan yang diajukan kepadanya. Dia memandang pelajar tingkatan empat yang tiba-tiba muncul ditepinya itu sebelum kembali melihat Zarfan yang sedang berlatih di tengah padang.

Wajah Zarfan nampak serius tetapi dalam masa yang sama, remaja itu kelihatan teruja dan seronok tatkala memecut merentas trek larian.

Benar kata Nasir, Zarfan nampak berbeza saat itu.

"Kalau cikgu nak tahu, Zarfan sangat suka acara lumba lari. Dari dahulu sehingga sekarang. Dan saya bersyukur kerana sikap itu masih ada dalam diri Zarfan sekarang ini," luah Nasir tanpa dipinta. Pemuda itu menguntumkan senyuman nipis tanpa melepaskan pandangannya dari melihat Zarfan.

"Kenapa kamu suka pula?"

"Bukan saya sahaja, tetapi semua yang pernah mengenalinya. Kerana... Zarfan yang ada di padang itu ialah Zarfan yang kami kenali dahulu. Zarfan yang lincah dan ceria. Bukan Zarfan yang sekarang yang asyik berwajah dingin saban waktu."

"Selain itu, kami suka melihat kesungguhan dan semangat juang yang Zarfan tunjukkan semasa berlari. Aura yang dia tonjolkan.. .tak ubah seperti seorang pahlawan di medan peperangan. Hanya dengan melihatnya sahaja, dia mampu menaikkan semangat kesukanan kami semua. Lagipun hanya di padang sahajalah, kami mampu bergaul baik dengan Zarfan seperti saat-saat lalu. Pada waktu-waktu lain, Zarfan tak akan membenarkan kami mendekatinya," jelas Nasir.

"Zarfan tak jahat seperti yang disangka orang lain. Bahkan dia setia dalam berkawan. Ya, dia memang dingin tetapi disebabkan dialah, senior-senior dan budak-budak nakal di sekolah ini tak berani kacau kami. Dalam diam, dia selalu melindungi kami, kawan-kawannya. Dia tak pernah membuka mulut, tetapi kami tahu semua yang dia lakukan untuk kami."

"Zarfan tak pernah sedar, yang kami sangat kagum dengan dia. Kalau boleh, kami hendak dia menjadi pengawas atau ketua kelas kerana dia sememangnya mempunyai ciri-ciri ketua yang berwibawa. Tetapi Zarfan tak suka jadi ketua. Malah sesuka hati dia ponteng hanya kerana dia tak sukakan komitmen," ujar Nasir lagi.

"....."

Nasir terdiam. Baru sedar dia terlepas cakap. Lambat-lambat remaja itu memandangnya.

"Zarfan selalu ponteng?" tanyanya tanpa nada.

Nasir tersengih sambil mengusap belakang lehernya. "Err...saya ada cakap macam itu ke, cikgu? Cikgu salah dengar kot. Saya cakap dia suka penting... hah... suka pentingkan diri!"

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now