Silam 8: Masalah Umar

386 52 2
                                    

Umar memandang Haiqal dari kejauhan. Pandangannya penuh dengan rasa sedih dan simpati. Alangkah indahnya kalau dia dan Haiqal mampu berbaik.

Kenapa Haiqal terlalu bencikan dia sedangkan mereka...

'Sudahlah,' bisik hatinya.

Tak guna dia terus mengharapkan benda yang mustahil. Dia perlu terus maju ke depan. Perasaan Haiqal ialah hak Haiqal. Dia tak layak mencampuri urusan pemuda itu sejak kejadian itu.

"Umar, kenapa termenung jauh ini? Kamu ada masalah?" tegur Cikgu Fatih sambil mengambil tempat di depan Umar.

Umar menggeleng seraya menguntumkan senyuman manis. "Tiada apalah, sensei. Tak penting pun. Oh ya, lama tak nampak sensei. Sensei pergi kursus ke?"

"Haah. Eh, mana kawan-kawan kamu yang lain?" tanya Cikgu Fatih sambil meliarkan matanya ke sekeliling. Mencari bayangan Batch Lagenda yang tidak kelihatan.

Sejak Batch Lagenda mula berkawan dengan Umar, mereka sudah bagaikan belangkas. Pergi ke mana-mana sahaja mereka akan bersama.

Sama seperti hubungan Batch Lagenda dengan Haiqal dahulu. Tetapi sayangnya, tempat Haiqal itu telah digantikan dengan Umar. Manakala Haiqal semakin menjauh dan memilih untuk bersendiri.

"Di kantin. Makan," jawab Umar sepatah dua.

Cikgu Fatih memandang pelajarnya itu. Dia perasan wajah Umar tidak seceria biasa. Dia memandang arah yang diperhatikan oleh pemuda itu.

Kelihatan Haiqal yang sedang melepak sendirian di taman herba yang terletak di belakang bangunan kelasnya.

Sejak Umar datang ke sekolah, hubungan Haiqal dengan kawan-kawannya berubah renggang. Sikap Haiqal yang berubah seratus lapan puluh darjah membuatkan seorang demi seorang Batch Lagenda tak tahan lalu meninggalkan pemuda itu dan menyertai Eusuf yang berkawan dengan Umar.

"Kamu fikirkan Haiqal ke? Kesian dengan dia?" duga Cikgu Fatih.

Umar memandang Cikgu Fatih dengan riak tergamam. 

Tiba-tiba dia ketawa kecil. 

"Mana adalah, sensei. Saya fikirkan masalah keluarga sahaja," nafinya.

Cikgu Fatih mengangguk faham. Dia sudah sedia maklum dengan masalah keluarga Umar. Tak dapat dinafikan bahawa dia kagum melihat kematangan Umar menghadapi masalah itu. Umar tak pernah merungut walaupun hidupnya tidak seperti rakan sebayanya yang lain.

"Umarrr...! Senseiii...!" jerit Eusuf dari kejauhan. Lelaki itu melambai ke arah mereka. Di tangan kanannya, kelihatan sebungkus plastik berwarna merah.

Eusuf tidak berkeseorangan. Dia bersama gengnya yang lain.

"Nah, untuk kau," ujar Eusuf lalu menyerahkan bungkusan plastik itu kepada Umar. Kelihatan dua ketul roti sosej dan sekotak air milo di dalam plastik itu.

"Eh, aku tak minta pun". Umar mengerutkan dahinya.

"Ambillah. Eusuf belanja kau. Kami tahu kau lapar tetapi tak ada duit nak beli makanan. Lagipun, petang nanti kau kena kerjakan? Makanlah, bagi ada tenaga sedikit," sampuk Danial yang berdiri di belakang cikgu Fatih. Semua kerusi di pondok itu telah bertuan. Cepat sahaja kawan-kawannya menyambar kerusi yang ada.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now