55: Hakim

346 56 1
                                    

    Selepas Eusuf menghantarnya pulang, Zarfan mandi, berehat dan menunaikan solat asar. Kira-kira pukul lima setengah petang, Zarfan keluar dari rumah untuk ke taman tasik. Sudah lama dia tidak bertandang ke sana. Terasa rindu pula hendak melihat pemandangan di sana.

    Zarfan berjalan kaki dengan santai sambil mendengar dendangan muzik menerusi headphone yang disambung ke mp3 player miliknya. Dia turut menyanyi kecil mengikut lirik lagu. Hatinya senang memikirkan esok dia berkemungkinan akan berjumpa dengan abangnya.

     Sampai sahaja di tasik, wajah gembiranya tadi berubah serius. Dari kejauhan, dia dapat melihat Hanani yang meronta dalam pelukan Hakim. Gadis itu menangis sambil menjerit memaki Hakim.

    Zarfan meliarkan mata melihat sekeliling. Kosong. Walaupun taman tasik itu cantik, namun tak ramai yang berkunjung ke situ walaupun pada hari minggu. Rata-rata penduduk di situ lebih gemar pergi ke taman tasik yang terletak di pinggir bandar ataupun ke lata yang berada di kaki bukit. Patutlah Hakim begitu berani bertindak kasar kepada Hanani. Tambah pula lelaki itu ditemani anak buahnya yang lain.

    "LEPASKAN AKU, JAHANAM!" Hanani menengking Hakim dengan kuat. Hakim hanya ketawa. Rontaan kuat Hanani tak memberi apa-apa kesan. Malah dia semakin erat memeluk gadis itu.

    Zarfan menanggalkan headphonenya. Dia mencampak headphone itu bersama mp3 nya ke atas tanah. Kakinya berlari pantas mendekati mereka. Dengan sekali rentap, dia berjaya meleraikan pelukan Hakim. Tubuh Hanani dibawa ke belakangnya.

     "Za...Zarfan!" Lutut Hakim mula menggeletar. Tak sangka dia akan bertemu Zarfan di situ. Dia teringatkan bagaimana dia dibuang sekolah. Terus wajahnya berubah tegang. Hatinya yang tadi kecut melihat Zarfan kini dipenuhi dendam amarah yang bukan sedikit.

    "Kau lupa amaran aku hari itu?" Dingin Zarfan bertanya.

    "Selama ini kau tak pernah ambil tahu mengenai urusan orang lain! Kenapa sekarang kau sentiasa menyibuk dalam urusan aku dengan Nani hah?!"

    Zarfan berdecit. Namun sesiapa yang melihat Zarfan ketika itu tahu bahawa decitan itu dipenuhi aura membunuh. Sehingga Hakim yang berlagak garang itu turut berpeluh. Anak-anak buahnya pula menggeletar keseraman.

    "Urusan kau dengan Nani? Sejak bila kau ada hubungan dengan dia sampai kau boleh berurusan dengan dia?"

    Hakim mengetapkan giginya. Dia memandang tajam ke arah Hanani. Hatinya semakin panas melihat Hanani cuba menyembunyikan diri di belakang Zarfan.

    "Apa pula hubungan kau dengan dia sampai kau boleh masuk campur dalam hal dia?" tingkah Hakim tak berpuas hati.

    Zarfan merenung Hakim sebelum beralih ke Hanani dan berpatah balik ke Hakim semula. "Kau tak tahu?" tanyanya dalam nada mengejek.

    "Tahu apa?!" bentak Hakim.

    "Aku crush Hanani sejak kecil lagi. Sebenarnya, dia tak pernah suka kau pun. Dia hanya kagum dengan kau yang sentiasa mendapat nombor satu dalam tingkatan sahaja. Sejak kecil, hanya aku yang ada dalam hatinya," jawabnya selamba dengan muka tak bersalah.

    Hakim dan Hanani tersentak. Wajah Hanani berubah merah padam menahan malu. Dia tak sangka, Zarfan tahu mengenai hal itu. Sangkanya, lelaki itu tak pernah peduli.

    Hakim semakin berang. Hatinya pecah berderai mendengar pengakuan Zarfan.

    "Ah, aku tak percaya!"

    "Terpulang. Aku tak desak kau untuk percaya. Lagipun, aku tak datang untuk buktikan siapa aku pada Hanani. Aku datang untuk tolong dia sahaja dari dikacau samseng jadian seperti kau," balas Zarfan.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now