Silam 13: Pengebumian Umar

Start from the beginning
                                    

    Haiqal merengus kuat. Hampir-hampir dia bergerak untuk menumbuk muka Eusuf yang terlalu lancang menuduh itu tetapi bila terpandang kubur Umar yang masih merah, dia segera membatalkan niatnya.

    "Kau jangan ingat Umar kesayangan kau itu BAIK sangat. Biar aku ingatkan ya, korang baru kenal dia setahun dan korang tak tahu apa-apa tentang kehidupannya. Sejarah hidupnya. Umar korang itu tak sesempurna yang korang sangkakan. Korang ingat, kenapa dia kutip korang selepas aku buang korang?" Haiqal mengukir senyuman sinis. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam kocek.

    Wajah Batch Lagenda semakin tegang terutama Eusuf. Berang kerana insan yang mereka hormati dikutuk sesuka hati oleh pemuda di depan mereka itu.

    "Kau jangan cakap bukan-bukan tentang Umar! Dia tak macam kau yang berhati busuk!"

     Haiqal mengangkat bahunya. "Aku dan Umar korang itu memanglah berbeza. Sebab itu aku cakap, jangan ingat air yang tenang tiada buaya. Entah-entah, bukan setakat buaya, malah ular, biawak semua ada".

    "Kurang ajar!" Eusuf menolak bahu Haiqal sekali lagi.

    Haiqal menepis.

    "Pergi kau! Pergi!" tengking Danial pula. Dia turut menolak Haiqal. Haiqal yang tak bersedia, kembali jatuh terlentang.

    "Haiqal!" jerit cikgu Fatih cemas. Dia segera mendekati Haiqal untuk membantu pemuda itu bangun. Namun Haiqal menolak.

     "Eusuf! Danial! Sensei tak sangka perangai kamu macam ini. Sedangkan Haiqal..."

    "CIKGU!" jerit Haiqal memotong bicara cikgu Fatih.

    "Tak apalah. Jika aku memang tak layak datang ke sini, baiklah. Aku pergi. Cikgu, terima kasih kerana sudi membela orang macam aku".

    "Heh, lihatlah bila pembunuh berlagak sopan. Hahaha, nak muntah aku. Kau blah cepat, Haiqal. Muak aku tengok muka kau lama-lama," sampuk Eusuf.

    Cikgu Fatih laju berpaling memandang Eusuf. Hampir sahaja tangannya naik untuk menampar muka pemuda itu namun Haiqal lebih pantas menghalang. Digelengkan kepalanya perlahan melarang.

     Haiqal memandang Eusuf dan Batch Lagenda tajam. Wajahnya jelas memerah menahan marah apabila makian demi makian diterimanya dari mereka.

     "Heh, aku tak hadaplah nak tengok muka korang lagi. Haraplah ini kali terakhir aku jumpa korang. Oh ya, aku nak ingatkan korang, ingat korang boleh jaga kubur ini dua puluh empat jam? Bila-bila masa aku boleh datang bila korang tak ada," ujar Haiqal sinis.

    Dia berpaling ke belakang. Dia ketawa besar sebelum melangkah pergi sambil kedua-dua tangan diseluk kedalam seluarnya. Tetapi, tiada siapa tahu air matanya yang laju mengalir mengiringi setiap langkahnya.

-----------------------------------------------------------

    "UMAR HAIQAL!" jerit cikgu Fatih sambil keluar dari keretanya.

    Umar yang baru ingin membuka pintu keretanya berpaling dengan dahi berkerut.

    "Sensei?"

     Cikgu Fatih menghempas pintu keretanya lalu melangkah mendekati pintu pagar rumah Haiqal yang masih tertutup.

    "Eh, bila masa kamu panggil saya sensei? Kamu pun terjangkit dengan tabiat arwah Umar Zaqwan? Oh lupa, kamu memang rapat dengan dia. Kembar lagi. Maka, tak hairanlah kalau kamu terjangkit tabiat diakan?" perli cikgu Fatih.

    Haiqal menghampiri cikgu Fatih. Walaupun jarak mereka dekat, masih ada pintu pagar yang memisahkan mereka.

    "Sekarang ini, apa masalah sensei? Tiba-tiba datang rumah saya buat kecoh". Dia lansung tak terkejut mendengar sensei tahu hubungan sebenarnya dengan Umar. Pasti Qaseh yang menceritakannya dan Qaseh pula semestinya dapat berita itu dari Umar sendiri. Umar dan Qaseh sememangnya rapat sehinggakan dia cemburu dalam diam.

    Cikgu Fatih mengengam besi-besi pintu pagar. "Umar ataupun Haiqal atau apa sahaja panggilan kamu, sekarang sensei nak tanya, kenapa kamu cakap begitu dengan Batch Lagenda?"

    "Sengaja," pendek Haiqal menjawab.

    "Kamu nak tinggalkan Batch Lagenda? Biarkan mereka tergantung tanpa mengetahui kebenarannya? Afan pula, sanggup kamu tinggalkan dia?"

    Haiqal tak menjawab.

    "Kamu serius ke nak pergi?" tanya cikgu Fatih. Dia memandang dua bagasi sederhana besar yang masih tersadai di tepi kereta Haiqal.

    Haiqal menghela nafas berat. "Kalau saya terus tinggal di sini, saya hanya akan membahayakan nyawa Afan dan yang lain-lain. Lagipun, Umar Zaqwan mati disebabkan saya. Semua salahkan saya. Apa lagi yang tinggal buat saya disini? Maka, pergi dari sini adalah keputusan yang terbaik," ujarnya dalam nada perlahan.

    "Macam mana dengan Qaseh?"

    Haiqal berpaling ke belakang. Matanya dipejamkan rapat. Sejujurnya, dia turut merasakan perasaan yang sama dengan Qaseh. Tetapi...Qaseh layak mendapatkan lelaki yang lebih baik darinya. Insan sebaik Qaseh, pasti untuk lelaki yang baik-baik juga. Sedangkan dia...

    "Biarkan masa menentukannya. Perjalanan hidup Qaseh masih jauh, sensei. In sha allah, dia akan menemui insan yang jauh lebih baik dari saya. Dan mungkin insan itu ialah jodohnya yang sebenarnya," jawab Haiqal dalam nada yang sehabis tenang

    "Kalau insan itu Eusuf?" duga cikgu Eusuf.

    Haiqal membuka pintu belakang keretanya. Dia memasukkan bagasi-bagasinya ke dalam kereta. "Andai sudah jodohnya begitu, siapalah saya untuk menghalang. Alhamdulillah saya ucapkan. In sha allah, saya terimanya dengan redha," balasnya.

    "Ikut suka hati kamulah". Cikgu Fatih berlalu ke keretanya. Dihidupkan enjin lalu keretanya laju membelah jalan raya meninggalkan rumah Haiqal dengan hati yang mendongkol geram.

    Fikiran Haiqal memang sukar diduga. Haiqal terlalu memikirkan perasaan orang lain sehingga perasaannya sendiri terabai. Menasihati seorang Haiqal adalah kerja yang paling susah. Harapnya, Haiqal tidak akan menyesal dengan keputusannya. Dia hanya mampu melihat bekas pelajarnya itu dari jauh.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now