Silam 8: Masalah Umar

Start from the beginning
                                    

Maka, terpaksalah dia berdiri.

"Tapi..."

"Haishh kau ini. Bukan mahal mana pun makanan itu. Makan sahajalah. Jangan banyak mulut. Kau ingat kami ini tunggul ke nak tengok kawan kami berlapar tetapi tak ada niat nak tolong?" bidas Eusuf.

"Iyalah. Terima kasihh..." ujar Umar akur. Dia mengoyakkan plastik roti sosej itu.

"Eh, sensei punya mana?" gurau Cikgu Fatih.

"Ada," jawab Kabir. Dia tersengih lalu meneruskan katanya, "Di kantin. Senseikan banyak duit. Belilah sendiri." Dia ketawa di penghujung ayatnya.

Bila berkawan dengan Umar, mereka turut terjangkit tabiat Umar memanggil Cikgu Fatih dengan gelaran sensei. Cikgu Fatih pula selesa membahasakan dirinya sebagai sensei bila dengan mereka.

Cikgu Fatih mencebik. "Pilih kasih sungguh kamu ini."

Yang lain ketawa mendengar balasan cikgu Fatih kecuali Umar.

"Sensei nak?" tawar Umar sambil menghulurkan sebungkus roti sosej yang belum dibukanya.

Cikgu Fatih menolak. "Sensei gurau sahajalah. Kamu makanlah. Jatuh darjat sensei makan roti macam ini. Sensei nak makanan mahal sahaja."

Umar tersengih. Tahu cikgu Fatih hanya bersenda.

"Hah! Macam mana keputusan peperiksaan kamu semua. Yang kelas Sains ini yang sensei nak tanya..." tanya Cikgu Fatih. Teringat keputusan peperiksaan yang baru keluar dua hari lepas. Yang sekelas dengan Umar, dia tahu markah mereka kerana dia guru kelas mereka.

Danial membuat muka. "Ala sensei ini. Orang baru nak tenangkan fikiran. Sensei pula mengingatkan perkara berhantu itu," rajuknya.

Kauthar menolak bahu Danial sambil ketawa. "Berhantu-hantu pun, kau dapat 5A juga," balasnya.

Terkejut juga melihat yang sebelum ini keputusan peperiksaan Danial yang hanya cukup-cukup makan tiba-tiba melonjak naik sebegitu. Yang peliknya, semua A yang disapunya ialah subjek killer dan subjek agama. Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Tasawuf. Subjek biasa yang lain, biasa-biasa sahaja markah dia.


Danial tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi. "Tetapi tetap jauh ketinggalan dengan Umar yang dapat nombor satu dalam tingkatan," balasnya.

"Itu sensei tahu. Senseikan guru kelas dia," balas Cikgu Fatih memandang Umar dengan bangga.

"Yang lain? Yang kelas sains dan sastera ini yang sensei nak tanya. Yang kelas akaun, sensei tahu keputusan mereka."

Mereka buat-buat ketawa mendengar soalan Cikgu Fatih.

"Eh, sensei dengar tak bunyi itu?" tanya Naufal sambil meletakkan tangan di tepi telinganya.

Cikgu Fatih mengerutkan dahi. Dia cuba menumpukan perhatian pada deria pendengarannya tetapi tiada bunyi yang singgah di gegendang telinganya. "Bunyi apa? Sensei tak dengar pun?"

"Bunyi loceng. Waktu rehat dah habis.Kami balik kelas dahulu!" ujar Rusdi lalu menyertai mereka yang lain melarikan diri. Malu nak memberitahu keputusan peperiksaan mereka.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now