25: Hakim dibuang

Start from the beginning
                                    

"Aku tabiklah dengan sesiapa yang beritahu pasal Hakim itu. Berani dia. Tak takut ke kalau Hakim bawa konco-konco dia serang budak itu nanti," ulas Adam.

"Tetapi macam mana dia buat Cikgu Fatih percayakan cakap dia? Aku bukan apa, semua orang tahu Hakim itu pelajar harapan sekolah. Ramai cikgu tertipu dengan muka baik dia," tanya Syamsul.

"Sebab budak itu bagi bukti semasa dia cerita semua itu kepada Cikgu Fatih. Nak tak nak, cikgu kena percaya jugalah. Bukti ada depan mata," sampuk Hanani mencelah perbualan mereka.

"Bukti apa?" tanya Nasir ingin tahu.

"Rakaman video yang kau kena belasah," beritahu Hanani memandang Nasir dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Kenapa tak beritahu aku yang Hakim belasah kau? Siap kena tumbuk lagi. Aku risau tahu bila abang cakap kau kena belasah disebabkan aku!" marah Hanani.

"Kau kena belasah dengan Hakim, Sir?" tanya Haris pula.

"Perkara sudah lepaskan? Buat apa aku besar-besarkan cerita lagi. Lagipun aku selamat. Tak ada masuk hospital ke apa. Tak payahlah acah risau sangat," balas Nasir acuh tak acuh.

"Macam manalah aku tak risau. Kau itu sudahlah lembik, tak pandai berlawan. Kalau jadi apa-apa macam mana? Nasib baik Hakim sudah kena buang," bebel Hanani lagi.

"Hishh..!! Kan aku tak apa-apa sekarang. Kau bebel macam mak neneklah, Nani. Aku tahulah jaga diri," marah Nasir yang rimas dengan bebelan sepupunya itu.

"Aku bebel sebab risau!" ujar Hanani.

Haris dan yang lain saling berpandangan.

"Kenapa aku rasa macam kita tak patut ada di sini sahaja," bisik Haris.

"Betul itu. Sudah macam pergaduhan suami isteri pula aku rasa," balas Syamsul pula.

Adam ketawa kecil. "Nasib baik mereka adik-beradik susuan. Kalau sekadar sepupu, pasti berjodoh budak dua ekor itu," guraunya.

Tiga sekawan itu ketawa bersama. Mengabaikan Hanani dan Nasir yang sibuk bertekak itu.

"Risaulah sangat. Sekarang aku nak tanya, mana kau tahu aku kena belasah? Kau tengok ke video itu?" tanya Nasir.

Hanani mengerutkan dahi. "Taklah. Abang yang cerita. Abang cakap, orang yang selamatkan kau dan orang yang rakam video itu ialah orang yang sama. Disebabkan orang itu juga rapat dengan Cikgu Fatih, sebab itu Cikgu Fatih percaya cakap dia," jelasnya.

"Siapa?" tanya Haris, Syamsul dan Adam serentak.

Hanani diam seketika. Terkejut apabila tiga sekawan itu tiba-tiba mencelah. "Abang ada beritahu... Mulanya aku tak percaya tetapi aku rasa tak mustahil. Entahlah. Mungkin betullah apa yang abang cakap. Tak akan abang nak menipu pulakan? Tak ada faedah."

"Kau beritahu terus sahajalah. Nak berpusing, berputar, berbelit sana sini pula," bidas Syamsul yang menyampah dengan tindakan Hanani.

Hanani mencebik. "Aku tak beritahu korang baru tahu!"

Syamsul sudah mengelebah. Dia tersengih memandang Hanani. "Nani, maaflah. Kau baikkan? Bagitahulah kami. Kami terdesak nak tahu ini. Hati ini tak tenang selagi tak tahu siapa," rayunya.

Hanani menjulingkan mata tanda menyampah dengan pujuk rayu Syamsul. "Zarfan."

Suasana menjadi sepi bagai di kawasan perkuburan.

Nasir membesarkan matanya. Betullah andaiannya tadi!

Hanya Zarfan dan Wafiy sahaja tahu mengenai kejadian di belakang sekolah itu. Antara Zarfan dan Wafiy, hanya Zarfan yang ada di situ sejak awal. Jadi, hanya Zarfan yang mampu rakam semuanya.

"Zarfan? Betul ke Sir? Dia yang selamatkan kau?" tanya Adam tak percaya. Matanya dilarikan memandang Zarfan yang tak terkutik dari lenanya sebelum memandang Nasir semula.

Lambat-lambat Nasir mengangguk. "Tetapi... sejak bila Zarfan rapat dengan Cikgu Fatih?"

Hanani terdiam apabila semua mata kembali memandangnya. "Apa? Manalah aku tahu. Pandang aku buat apa?"

"Tetapi kalau Cikgu Fatihkan, dia tak akan senang-senang jatuhkan hukuman jika hanya sekadar mendengar cerita orang. Walaupun orang itu rapat dengan dia sekali pun. Tambah pula, video itu bukan bukti yang kukuh sehingga Hakim dibuang sekolah. Video boleh diedit," ulas Syamsul.

"Sebab bukan video sahaja bukti yang Zarfan bagi," jawab Hanani dalam nada tenang.

"Abang cakap, Zarfan berjaya pujuk mangsa-mangsa Hakim untuk ikut dia laporkan semuanya kepada cikgu Fatih. Mangsa Hakim pula bukan seorang dua. Oh ya, anak buah Hakim juga yang bernama Mokhtar pun ada sekali. Zarfan juga kumpulkan maklumat penting dari Mokhtar tentang masa, lokasi dan tarikh Hakim lakukan kegiatan jahatnya di sekolah. Kemudian, dia minta Cikgu Fatih periksa rakaman CCTV melalui maklumat yang dia beri itu. Korang tahulah, rakaman CCTV hanya diperiksa bila ada kes. Jadi, terbukti jelaslah yang Hakim memang pelajar bermasalah," sambung Hanani.

"Zarfan buat semua itu hanya dalam masa sehari?" tanya Nasir tak percaya. Kes dia dibelasah itu baru kelmarin berlaku. Dan hari ini, Hakim sudah dihukum. Pantasnya Zarfan kumpulkan semua bukti dan memujuk mereka semua.

Sungguh dia tahu, bukan mudah nak pujuk mangsa-mangsa Hakim. Semuanya takut dengan ugutan Hakim.

Tetapi, bagaimana Zarfan pujuk mereka dalam masa yang singkat?

"Wow, aku tak tahu nak cakap apa. Nampaknya, Zarfan betul-betul ingin berubah. Kalau Zarfan yang dahulu, mesti dia tak akan bertindak sejauh ini. Paling tidak, dia hanya beri amaran kepada Hakim. Kalau dia tolong Nasir, maknanya..."

"Dia betul-betul ingin berkawan dengan kita semula". Haris menyambung ayat Syamsul.

Nasir kehilangan kata. Serta-merta dia teringat janji yang Zarfan lafazkan dahulu.

Berikan dia masa.

Satu hari nanti, dia sendiri akan datang kepada mereka.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now