𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 𝐈𝐈

559 30 12
                                    

LABUHKAN duduk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LABUHKAN duduk. Tangan memetik lampu kecil di hujung meja. Samar-samar cahaya menyelinap ke celahan ruangan kamar. Sayup menyinari walau tak seberapa. Cukup sekadar di bahagian meja tersusun pelbagai alatan lukisan yang ada, Aufa susun dan ketepikan terlebih dahulu.

Cermat. Laci meja ditarik perlahan, mengambil sehelai karbon disusun rapi. Salah satu pena hitam juga dicapai sama, mulai berdansa mata tajam itu menukilkan bait-bait aksara. Melarut dalam dimensi yang dicipta, hanyut dan lemas dalam kenangan lama.

Buat isteriku, Reina Yahaira.

Mutiara Aufa yang abang cinta dan rindui. Selamanya, hanya Nara yang ada dalam hati abang sampai mati. Abang tak lupakan Nara, sayang. Abang sentiasa ingat kat Nara. Tentang kita. Tentang Nara yang selalu kuat walau sehebat mana ujian melanda. Tentang khilaf abang pada Nara. Semuanya.

Nara nak tahu sesuatu tak? Sekarang dah masuk bulan Ramadan tau. I don't know if this right or not, but this date is truly dear to me. The time that we met for the first time, knowing you're the one that I had wait for three years. Yang abang pasti bagi Nara, itu hari malang buat isteri abang kan? Sebab abang yang tarik Nara dalam hidup abang, bawa derita dan sakit untuk Nara.

Little do you know, I always think about you. Abang menyesal sebab tak ada peluang tu. Peluang untuk kita betul-betul bersama dan bahagia. Abang rasa bersalah sebab persiakan waktu yang ada. Andai sahaja abang sedar lebih awal, mesti kita akan ada peluang untuk bahagia kan?

Andai yang tak mungkin berlaku. Dan sebab andai itu, abang kena sedar semuanya tak mampu. Nara, abang minta maaf. Abang tak dapat luangkan masa dengan Nara selama ni. Abang rugikan masa yang ada. Abang tak beri peluang untuk Nara bebas dan bahagia. Abang banyak khilaf dan silap buat isteri kita.

Nara, abang rindu. Abang tak pernah lupa selit nama Nara dalam doa abang. Arwah umi, Raina dan Asjad juga, abang tak lupakan mereka. Dan Nuha pula, moga dipanjangkan usia jadi wanita setabah mamanya. Semoga dia menjadi wanita yang hebat, biarpun hanya ada abang sebagai satu-satunya keluarga dia.

I really hope you're here, my heera. Tengok Nuha membesar sama-sama. Dia tak ubah macam Nara. Abang selalu terbayang Nara setiap kali Nuha depan mata. Berharap Nara ada sekarang, bermanja dan beri kasih sayang seorang mama pada dia.

It already ten years, Nara. You leave me. And I always here, missing you every second.

Sayang, cinta abang. Abang rindukan Nara. Satu-satunya wanita yang berjaya rebut hati abang sebagai suami, biarpun kisah kita tak seindah mana dan Nara juga tak pernah sudi jadi seorang isteri. Selain arwah umi dan arwah Raina, Nara dan Nuha juga anugerah terindah untuk abang. Dua wanita yang abang sayang juga cinta, dan abang sanggup pertaruhkan semuanya untuk perbaiki semula.

But I know, it's too late to do it. Abang tahu semuanya mustahil. Nara dah pun pergi tinggalkan abang. Hanya ada Nuha sebagai peneman setia. She's a good little girl, my heera. Anak kita. Nuha Al-Rainnara.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now