BAB 61

726 30 7
                                    

RENGKUHAN kasar memaut dagu, tajam nan berang menjamah laman muka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RENGKUHAN kasar memaut dagu, tajam nan berang menjamah laman muka. Basah dikaburi tangisan air mata, mengguyur deras turuni pipi. Menggeletar seulas bibir cuba bersuara, pohon rayuan dan rintihan lepaskan dia.

"Ta... tak nak... Ja... ngan..." Melirih tatap terus sepasang cerlungan helang pemangsa, bergenangan jernih pinta peluang tak pernah terbuka. Sekalipun dia teriak dan ronta sekuat hatinya, endak mungkin berjaya melainkan lebih teruk bakal menghentam dia.

Langsung, seringai iblis melebar suka. Elus lembut wilayah bibir bergetaran hebat, merekah bersama linangan jernih basahi lebat.

"Ambil benda tu, kita mulakan sekarang." Leraikan rengkuhan, berundur beberapa tapak jauhi. Sementara matanya menikam dan melapah hidup-hidup sang mangsa, bersama pandangan penuh bermakna.

Reina pejamkan mata, menahan perih dan sengal tulang rahang ditengkam sebegitu rupa. Jambakan rambut juga sudah dilepaskan, merunduk bersama nafas terbata-bata. Mengurai jatuh helaian rambut tak terurus, menitis setitik demi setitik rintikan butir kaca mencumbui buana.

Seketika, kolar baju Reina direntap kasar. Paksa tubuh mering itu terangkat sama, mendongak atas dan membalas renungan perjaka durjana. Sekilas, kernyihan sinis lelaki dipamer hibur jadi tatapan mata.

Tak semena-mena, suatu kain menutup keseluruhan wajah Reina. Pandangan berubah gelita, tiada cahaya. Resah fikirkan apa bakal melanda, rontaan Reina meletus dengan tubuh menggelepar hebat.

Berang. Tangan kekar beralih mencekak batang leher Reina, sekuat tenaga salurkan hingga menggigil sekujur jasad itu. Terbuka luas mulut cuba hirup sekatan udara kian menghirap buatnya, jelas seraut melekap kain susah-payah renggut nafas atmosfera.

Kasar, dibanting tubuh Reina menghentam lantai semula. Dentuman belikat saling mencumbui keras permukaan dingin, menggelupur tidak berdaya susuk mangsa. Membiarkan sehingga benar-benar melemah, menarik kain meliputi roman muka pucat tak berdarah. Membiru seulas bibir, timbulkan tawa keji mereka. Merobek fabrik blaus kaftan dipakai Reina, tinggalkan sisa perca carik berbaki pada batang tubuh. Habis berteraburan sekitar kawasan, menderas lakrimasi tak mampu melawan kudrat tiga lelaki mengelilingi.

"Jangan melawan kalau kau tak nak sakit."

Dan dia hanya mampu mendengar, membiarkan segala perilaku mereka. Menyentuh teroka mahkota cela dan tidak berupa, hanya buliran jernih sahaja mengalir setiap detik masa. Menerima libasan dan pukulan segenap anggota, meringkuk bisa hingga memercik darah segar. Kokol bersemburan cecair merah, melirih tak berdaya terima.

Entah berapa lama, hanya ringisan pedih dan jeritan sakit menjadi alunan senandung kata. Azab lebam dan bercak jijik perbuatan kejam, sengat tajam bekas merata-rata setiap bahagian. Hampir semuanya rayapan meliar milik dia, biarpun beria-ia rintihan dan esakannya pinta hentikan. Kecuali satu, hakikat mereka tak menodai itu tetapi telah mencalarkan goresan lain pada dia.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now