impandaxpoo
Dia, DARWISY HAIKAL. Nama samaran, Khai.
Seorang polis yang di lantik sebagai Undercover, 'menyamar'. Diserahkan misi untuk menyusup masuk ke dalam sindiket jenayah yang terlibat dalam menyeludup dadah.
Pekerjaan dengan penuh penipuan. Demi menyelamatkan negara, Dia terpaksa.
Entah kecuaian dari siapa ke siapa, mereka terlanggar bahu sesama sendiri membuat keadaan makin kecoh.
"Woi! Buta ke?!"
Haikal mengeluh kesal, argh! Satu lagi masalah!
"Sorry tau, sayang. Abang kene pergi sekarang."
Tercengang seketika Haura Amani. Sayang? Orang cina mana ni panggil diri dia 'sayang'?
Selepas peristiwa itu, terus Haikal tidak berjumpa dengan gadis itu dan Haura langsung tidak mencari lelaki itu selepas dirinya di panggil 'sayang'.
Namun, kerana takdir. Mereka dipertemukan sekali lagi. Tetapi sayangnya, setiap kali mereka bertemu, wajib berperang mulut.
"Kau buat apa kat sini?" - HAURA AMANI
"Ni kedai jual karpet ke? Nak beli kopi la. Apa lagi." - DARWISY HAIKAL
Lama-kelamaan, perasaan aneh mula muncul dalam hati. Dengan misi nya sekarang, makin lama makin senang tugasnya.
Dari situ, bertambah lagi persoalan. Siapa yang menghantar maklumat kes tersebut? Bagaimana pula dengan Haura? Siapa Haura sebenarnya?
"When the future is threatened, theirs forced to choose a dark path"
• Read at your own risk.
Start : 25 jan 2025