BAB 49

688 30 2
                                    

⚠️ Marital r*pe, foul words Moga semua gila bersama saya

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

⚠️ Marital r*pe, foul words
Moga semua gila bersama saya.

MENDESAH sarat. Kabur berembun pandangan tancap purnama terangi gelita, memaut kuat palang jendela menahan rasa. Bergetaran batang tubuhnya kini, sengsai dan senak situasi masih dapat dirasai. Sesak dada dengan perut memulas sakit, hampir ampuh dan runtuh untuk tekal berdiri.

"Tuan." Reina oleng kepala, lakrimasi mengalir basahi muka. Beralun kasar tujahan dada, tersekat perih mahu sedut udara. Mencari seraut laman tampan suami bersebelahan dia, balas renungan embun Aufa bergayut di pelipis mata.

Aufa berdiri tegak, mampiri dia. Berkolam pandangan telus iris kabur berburam. Reina koyak secalit senyum, meligih janggal beri. Aufa pula kerdip sekali, mengguyur lesu jatuh rentasi alur pipi.

"Tuan pernah kata kan sebelum ni pada saya..." tutur perlahan, bola mata mencari sasaran. Menerobos sepasang netra zulmat Aufa, kali ini kuyup disulami lara. Ada sinar kelembutan diberi, selusup anyaman cuba baluti hati.

"Reina Yahaira." Aufa paut kedua-dua bahu Reina, memusing susuk tubuh isteri menghadap dia. Mendadak renjatan listrik menjalar segenap pembuluh darah, meligih pelosok tubuh Reina diselimuti keder dek sentuhan Aufa.

"Apa pun Nara nak cakap, tolong jangan..." Menggeletar dengan suara tertahan, Aufa merengkuh bahu Reina lebih mendekat. Mendadak, Reina anggul kepala. Berbias mata penuh getaran takut tatap Aufa, telan liur begitu payah. Genggam merenyuh hujung baju seutuhnya, melawan kudrat tubuh diserkup bisa nanar dahulu kala.

"Buli tu..." Hendak suarakan kata, termati gara-gara renyuhan Aufa pada bahunya. Sedikit menekan agar dia tak teruskan bicara, garis kerutan timbul di jindat meluah rengsa.

Sebolehnya, dia mahu luahkan juga. Andai Aufa menghalang, dia ingin tembusi meskipun hakikat sukar untuk melepasi. Biar Aufa ketahui, dia berhak beritahu juga jeladeri emosi berbuku di nurani. Bukan terus menyimpan rapi, sementelah peluang telah diberi.

Aufa kata, sudi tadah telinga pada madah bicaranya. Maka, Aufa perlu terima seperit dan selebar mana lembaran diksi dia. Tidaklah sengaja cari puing kemelut, tetapi hanya sekali ini dia hendak ceritera tanpa meragui tindakan bakal dihadapi.

Sejenak, dia mahu percayakan Aufa. Untuk kali ini sahaja. Setelah berkali-kali luahan, Aufa sering bejatkan aksara seterusnya. Dan bilamana Aufa dengarkan hingga ke noktah cerita, dia mengharapkan lebih daripada itu hakikatnya.

"Tak matikan saya kan?" Reina sambung jua. Berjaya membuatkan panahan hitam itu, begitu tajam selusup padanya. Memamah rahang dengan gigi berkertuk, membendung perasaan kian mengetuk.

Reina balas renungan Aufa, melaut sayu penuh hiba. Ranap jiwa tidak tertahan, belahan bibir mongel bergetaran. Seluruh fitur ini geligis hebat, menahan caruk berentang sarat.

"Tak mati pun kena buli, kenapa nak persoalkan lagi? Yang pergi pula adik awak, bukan saya pun kan? Buktinya, pembunuh depan tuan sekarang ni ma..."

Sontak, Aufa menarik Reina rapat. Mendadak satukan nafas mereka, paksa bungkam setiap bait aksara bakal meluncur keluar dari celahan bibir wanitanya. Melumat geram penuh luapan segara emosi, Aufa cengkam bahu Reina agar balas semula kecupan dia sekali.

Hangat Kasih Mutiara | CNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ