BAB 66

620 34 8
                                    

KELAM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELAM.

Hanya melodi titisan hujan kedengaran kala ini, gelap-gelita dapat dilihat disebalik jendela tirai besi. Merunduk bawah, pandangan dihala kehadapan pula. Meliar bebola mata segenap arah, bayangan diri sepuluh tahun lalu bermain di layar mata.

Kala tubuh kecilnya hebat menggigil, tangan masih dipenuhi noda merah membuktikan salah dia.

Tika keadaan kusut-masai tiada rupa, pandangan berburam dan wajah comot tak berani memandang sesiapa.

Saat dipaksa mengangkat kepala, air matanya menderas jatuh terhadap mata tajam mencerlung penuh cela dan nista.

Kejadian itu, berulang lagi. Sementelah dia mahu lupa, mengapa harus dilalui pengalaman ngeri seperti ini sekali lagi?

Reina pejamkan mata. Belikat bersandar penjuru dinding, terasa jatuh perca kekuatan dia punya sekadar senyiru cuma. Luluh jiwa tuduhan diberi, tiada bukti untuk katakan dia tak bersalah dalam hal ini.

Membawa rapat pangkal paha bertemu dada, melingkari dekap susuk kecil sendiri. Menghangatkan jasad dengan bahang tersisa, balutan sejuk lantai dingin dan kelam ini. Dia hanya pohon bahang itu sekelumit cuma, biarpun tidak seberapa.

Kerana saat ini, hangatnya dalam pelukan suami dia ingini. Sekalipun dia membenci dan keji perlakuan Aufa perlakukan dia tak ubah memuaskan keinginan sendiri, dia tak mampu menolak maraknya bara Aufa beri sedikit sebanyak leburkan dingin dialami.

Bahang yang berbahaya, terlampau banyak curahan bakal tinggal debu semata dan mematikan.

Bara dan duri menusuk dalam, dia terseksa dek keracunan dan bisa sengatan.

Didihan amarah itu berjaya leburkan kebekuan, tanpa sedar sedikit demi sedikit Aufa terpadam gara-gara lautan bening tangisan.

"Se... juk..." Meligih lirih suara, bibir Reina merekah pucat kebiruan menahan rasa.

Dia haus. Tandus dan kering celahan tekak, perit tiap-tiap kali dia cuba bersuara. Tenaga hirap dek tangisan tanpa henti, entah sampai bila tiris empangan ini bakal temui noktah penghujungnya saat ini.

"As... jad..." Perlahan dan sayup-sayup esakan, kertap bawah bibir dan menangis dalam kebisuan.

Rentak senandung luar menerjah halwa telinga, dapat dia dengari jelas setiap titisan mutiara luar sana. Dan mutiara ini pula, meluruh tangisannya tiada siapa yang peduli. Apa lagi mengetahui, sedangkan bahagian dia untuk memuaskan hati.

"Ma... af..."

Berharap semua ini sekadar mimpi. Rasian ngeri berputar kembali, bukan realiti dan delusi. Gementaran batang tubuh dicengkam kesejukan, nafasnya mengah terbata-bata cuba mengawal resah membadai jiwa. Selusup takut kenangkan kegelapan didiami, dia juga sudah hilang arah dan waktu sudah berapa lama dia tangisi nasib sendiri.

Bam!

Tak semena-mena, bahu kecilnya menghinggut tinggi. Tersentak bersama nanap berburam, menggeletar hebat tika guruh berdentum benar-benar menghenyak atma rapuh miliknya.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now