BAB 80

1.4K 58 11
                                    

Road to ending gaisss, anyway join lah channel telegram kita, link kat bio  :)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Road to ending gaisss, anyway join lah channel telegram kita, link kat bio  :)

SEMINGGU. Masa diambil untuk tenangkan diri. Gamaknya, bait kata Syahir benar-benar telah meruntuhkan kerasnya kepala Aufa. Sungguhpun begitu, dia perlahan-lahan mulai berubah. Cuba menjejak rumah Dia setiap waktu, kerana di rumah itu dia tak mampu.

Yang sebenarnya, Aufa dihantui resah. Boleh jadi, memori lalu mengejar dia semula. Kisah silam begitu khilaf jatuhkan hukuman, setiap penjuru tangisan dan rayuan Reina terngiang-ngiang kedengaran.

Rengkungnya sebu. Buang semua. Usir setiap satunya. Takut nak ingat kembali. Apa dia dah buat pada isteri sendiri, memang kejam tak berperikemanusiaan. Dia sedar itu.

Sebab itu, Aufa keluar. Lebih baik dia keluar, berbanding terus dalam kediaman tak ubah umpama neraka. Neraka yang Reina kata, sekarang dia pula yang rasa.

Sejenak, Aufa mendesah. Ada debaran menghuni dada. Mata disorotkan ke jasad kaku di sana. Masih diselubungi wayar begitu banyak, hidup yang hanya bergantung pada bekalan oksigen sahaja. Titisan air disalur ke tubuh lalui tiub wayar, termasuk ubat-ubatan lain juga.

Entahlah. Bukan kali pertama dia lihat Reina berkeadaan sebegini. Terlantar. Tidak berdaya. Bagai tak bernyawa. Seperti saat dia jenguk gadis itu suatu ketika dahulu, kini seorang wanita yang dia angkat sebagai isteri.

"Assalammualaikum, isteri abang..." sapanya perlahan.

Kaki mengorak langkah. Hampiri katil wad isteri. Sembari mengangkat satu kerusi berdekatan. Dia letak bersebelahan kasur Reina. Labuhkan punggungnya. Panggung kepala. Sorotan mata dihantar pada seraut pucat kesayangan.

Terkatup rapat sepasang iris indah penuh emosinya. Bibir yang sememangnya tak berwarna, mula merekah pecah setelah sekian lama. Sesekali, helaan nafas berwap lemah kelihatan. Termasuklah detik hitungan mesin kedengaran, menandakan denyutan jantung dan nadi pesakit setiap detakan.

Aufa kerdip mata. Sekali. Birai matanya suam. Membuak-buak rasa dalam rengkungnya. Rindu terutamanya. Bicara terluah di bibir kesayangan, meskipun sering sahaja berupa sindiran dan menyakitkan.

Tapi, bukan salah Reina bertindak sedemikian padanya. Sesiapa sahaja akan berasa marah, sekiranya berada di tempat Reina. Bezanya, wanita ini masih pemurah dan lembut hatinya. Tetap memaafkan dia lagi dan lagi. Sanggup serahkan apa sahaja sisa yang masih berbaki dalam dirinya, sekalipun hancur berantakan tiada daya.

"Maafkan abang ya, sayang? Dah seminggu abang tak jenguk Nara. Abang baru ada kekuatan nak lawat Nara hari ni," ujar Aufa perlahan.

Belan-belan, tangan Aufa menjalar pada tangan halus di sisi jasad isteri. Rayapan selusupkan ke celahan jari-jemari, merasa dingin ketara dengan haba tubuhnya.

"Dia tak sedar lagi, Syah..." getus Aufa melirih.

Pupil mata dijatuhkan pada tautan tangan mereka. Mengharapkan senyiru angan dikait menjadi kenyataan. Sekalipun tampak tipis peluang dia punya, Aufa tetap mencuba dan tak putus berdoa.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now