BAB 51

723 34 13
                                    

⚠️Red flags everywhere

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

⚠️Red flags everywhere

HENING. Reina kertap bawah bibir bergetaran, berantakan pekung dada menahan sendat debaran. Pegang tablet ubat sekuat hati, dia sejujurnya terlalu letih untuk bertahan dan pura-pura tidak ambil endah semuanya.

Cuba sedaya-upaya untuk lupakan, pejam mata usir bayangan sepuluh tahun lalu setelah kejadian berdarah yang dijanjikan untuk ceritakan.

Kerana sejujurnya, dia tidak mahu Aufa tahu apa yang berlaku. Asbab itulah dia menguji Aufa, yang membuatkan dia mengkal dan tangisi kebodohan sendiri.

Pejam mata erat. Bayangan memori hitam begitu sarat, kembali dibawa arus gempita dentuman ngeri kisah lamanya. Reina paksa diri mencarik senyum tipis, melekuk agar terus tekal kuat dalam dunia dia rapun berantakan.

 Reina paksa diri mencarik senyum tipis, melekuk agar terus tekal kuat dalam dunia dia rapun berantakan

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

GELUGUT segenap inci tubuh, merintih perih bersama lakrimasi mengalir tanpa henti. Meringkuk senak perut tak berdaya, berbalam-balam pandangan dengan genangan air mata. Memucat biru belahan bibir, desir rayuan dan azab mohon pertolongan. Nafasnya berburu lemah, wajah juga sudah dimamah lesi tidak bermaya.

"Sa... kit..."

Tekak perit dilanda ketandusan. Lehernya lebam berbirat ketara kesan yang ada. Kaki dia menggigil sedari tadi, berdenyut-denyut bahagian kewanitaannya. Perut sebu menahan rasa, tersentak-sentak bersama buih-buih putih mulai keluar dari mulutnya.

Sejuk. Jasad dia dicumbui dingin, tiada kain selimut melainkan helaian nipis membaluti. Rambut mengurai menutup muka, tidak terjaga dan dibiarkan sendiri dalam kamar blok angsapuri tanpa sesiapa. Melirih rayuan dan rintihan, Reina benar-benar tidak larat dan lumpuh kudrat teruskan sisa nyawa.

"Awak, bangun awak."

Sayup-sayup suara menyentuh halwa telinga, kuyu tak terbuka layar pandangan mahu lihat gerangan menegur dia. Yang pasti, betapa izab dan bisa saat ini harus ditanggung sekujur tubuhnya. Entah pada siapa mahu pinta bantuan, hendak bangun pun dia tidak mampu hakikatnya.

"To... long..." rengek sendu, menangis pilu. Ngilu segenap pembuluh daraf, sarafnya bagaikan tidak berfungsi waima secoet pergerakan. Hanya letuskan seksa nanar, terbata-bata merana mengalas azabnya.

Hangat Kasih Mutiara | Cحيث تعيش القصص. اكتشف الآن