BAB 42

652 29 6
                                    

⚠️suicide Saya dah terbuat ciri-ciri watak ada PTSD dah ni, berulang-ulang teringat kejadian yang sama

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

⚠️suicide
Saya dah terbuat ciri-ciri watak ada PTSD dah ni, berulang-ulang teringat kejadian yang sama.

KILAT sambung-menyambung. Berdentum tagar hentam bumi, lebat kerpasan basahi diri. Dari kejauhan, tampak kenderaan lalu-lalang membelah jalan. Dia hanya berdiri, genggam palang besi jejantas. Diam memerhati kosong ke bawah, bagaikan tiada emosi melihat lajunya kereta di sana.

Fikiran dia berantakan. Linangan jernih memenuhi tubir, suam kabur penglihatan. Kebas segenap tubuh tak lagi rasai kini, lencun meligih hakikat seluruh susuknya saat ini. Minda dia celaru, dibayangi hentaman demi hentaman lontaran nista dan bayangan mereka.

Semakin kuat bunyian-bunyian itu penuhi isi kepala, sesak hingga mengah nafasnya. Terburu-buru bersama air mata berjuraian laju, spontan tubuhnya memanjat palang itu. Ringan terawang-awang diri ditiup bayu keras menghentam, Reina katup mata harapkan segala derita dia kini lenyap dan menghilang.

"Kau tak layak bahagia. Kau patut mati. Mati."

"Kau tak patut hidup pun dalam dunia ni. Patut aku bunuh aje kau daripada menyusahkan aku."

"Manusia macam kau, patut sedar diri. Kalau asalnya sampah, tetap sampah."

"Aku akan seksa kau sampai kau rasa, kau tak layak pun hidup dalam dunia ni."

Bisikan tohmahan umpama guruh, pita layangan terima lebasan tubuh. Sengal dan sakit itu masih segar terasa, hampir segenap ceruk bisa lebam menyengat dia. Tangisan dan rintihan bagai semilir lalu, diabaikan bagai melodi indah di halwa telinga mereka. Senandung rayuan pilu dan sayu pohon fahami, semua itu tidak menjadi melainkan dianggap sengaja pura-pura mencari simpati.

"Sebab kau tu pembunuh! Kau bunuh satu-satunya darah daging aku!"

"Jalang macam kau layak mati ajelah! Perempuan bodoh!"

"Kau sanggup jual diri kan, semata-mata nak raih maaf bodoh kau tu!"

Tiada yang mendengar jeritan dia. Hatinya sakit. Rontaan demi rontaan pinta hentikan, sayangnya tetap sahaja dilemparkan ayunan yang menghancurkan seluruh jiwa raga. Memamah tulang-belulang hingga ke akar umbi, tidak ada lagi yang berbaki.

Tiada gemawan suci memayungi, kerana dia mendung bakal menangisi.

Tiada cahaya mentari menyimbahi, kerana dia marak terbakar dalam hidup dialami.

Tiada pelangi sudi hadir menerangi, kerana dia sirna ditelan malap derita tanpa henti.

Lejar jatuh seiring bingit bunyian, sekelip mata dihentak belikat hingga patah riuk cengkeram segenap incinya. Begitu berat dan sakit dia rasakan, remai dan sengsai hingga tiada lagi daya.

Bagai tersedar semula, namun seluruh sendi tidak lagi terasa. Lumpuh. Berbalam-balam ada cairan halangi pandangan, dingin mencumbui pelosok tubuh berantakan. Ditujah sejuk dan tajam rintikan permata, hawa meresap lumuri dia. Kali ini, segala deria seakan berfungsi semula. Samar-samar dan sayup-sayup sahaja, remang-remang cerna situasinya.

Hangat Kasih Mutiara | COnde histórias criam vida. Descubra agora