BAB 63

619 32 14
                                    

⚠️this is the chapter, black flags nak terbang jauh dah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚠️this is the chapter, black flags nak terbang jauh dah

BATANG tubuh halus itu diletak pada lantai dingin bilik mandi, merapat bersandaran belikat ke dinding. Lantas, Aufa bertinggung hadapan Reina. Melihat pemandangan indah terbentang di kanta cembungnya, segenap jasad Reina dipenuhi ukiran merah dan lebam kehitaman.

Kesan perlakuan dia dalam tempoh berbaki, semenjak pulang mereka tika Reina cuba larikan diri. Kerana itu, hukuman Reina dilipat kali ganda berbanding biasa. Cuma, waktu tak membenarkan lebih lama untuk memberi pengajaran sepatutnya pada isteri kian degil tak mendengar kata.

"Jangan pengsan sekarang, sayang." Tangan Aufa melekap pipi basah Reina. Usap lembut seakan suami mithali, menyeka air mata dia sedari tadi lesu mengalir nodai pipi.

Kuyu berbalam layar pandangan, Reina gagahkan diri celik mata dikaburi tangisan. Cuba cakna keadaan, terutama senyuman misteri terbentuk di bibir Aufa kian mengerikan.

Merasa izab dilemparkan masih belum temui noktah, ada lagi bakal menanti dia. Suam linangan jernih masih setia rentasi pipi, takut bersulam gementaran pada suami. Perit tekak dek rayuan dan esakan tadi, batang kakinya kebas dan menggigil tanpa henti. Naik turun pekung dada, beralun tak sekata ritma peredaran darah.

Sejenak, Aufa menyebak helaian rambut tak terurus isteri ke celahan telinga. Mahu lihat lebih jelas seraut cantik Reina dambaan dia, bibir pucat menggeletar tak sudah. Merapat ulas bibir hampiri koklea Reina, hembus hangat nafas dan berbisik sampaikan bicara.

"I want you to enjoy every little moment before I go, my dear herra." Menaup sekilas cuping telinga Reina, jauhkan muka semula.

Aufa berdiri. Tangan membuka paip pancuran air tahap maksima, butir-butir tirus dan tajam membasahi pelosok mereka berdua. Serta-merta Reina tengadah, tercungap-cungap dan menggeletar saat tujahan dingin rakus mencumbui segenap susuk dia.

"Aku dah ambilkan cuti untuk kau hari ni, termasuk Asjad sekali." Aufa kembali berjongkok, bergayut senyuman sumbing melihat reaksi Reina.

Menilik keindahan bunga dambaan, candu dan tidak jemu menakluki setiap kawasan. Mahkota keperawanan Reina ditawan semahu hati, telan liur melihat seni ukiran pada tubuh isteri.

"Kita bersihkan diri dulu ya, sayang?" Aufa menyauk rambut Reina yang jatuh ke tepi, kelopak matanya berubah kuyu memusat pandangan hadapan dia saat ini. Terutama dalam keadaan sebegini, gelojak dalam dada menongkah arus ingin tatluki Reina semahu dia.

Reina terbata-bata mencari udara, memerah kornea mata dek tujahan air mengena roman muka. Nafasnya berombak kencang, pekung dada kempas-kempis kewalahan. Pelosok tubuh bergelugut kesejukan, Reina lempiaskan sayup-sayup esakan.

"Shh, jangan nangislah sayang. Abang tak buat apa-apa lagi kan?" Aufa mengekeh perlahan, penuh sinis dan ejekan. Merengkuh kasar dagu Reina, memaksa seraut itu kekal mendongak dan balas tatapan helang dia. Mengabaikan derasnya tangisan dan pancuran membasahi, silir dingin gementaran berbalas bahang helaan nafas suami. Menerkam tajam kernyihan, Aufa picing mata bersalut gelora rahsa keinginan.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now