BAB 57

599 25 8
                                    

⚠️abuse, nudity, foul and disturbing words

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚠️abuse, nudity, foul and disturbing words

SELUSURI pasar sesak dengan kerumunan manusia, Aufa lingkari lengan bahu Reina dan mencempung Asjad sama dalam pegangan dia.

Membiarkan suami mengemudi langkah, Reina tekal merunduk bawah. Jujurnya, dia tak selesa berada dalam situasi sebegini. Apatah lagi bersama Aufa, yang jelas telah perlakukan dia kejam sekali. Dan pilihan dia ada, akur menerima tatkala ambien berubah.

Kea Garden.

Aufa leraikan pegangan, meletakkan Asjad di bawah. Membiarkan Reina terpegun berdiri, ralit bebola mata meliar sekeliling yang ada. Sejenak, tawa mereka menerjah halwa telinga. Layar pandangan dihamparkan pada dua figura saling berkejaran, mengabaikan pengunjung lain yang sememangnya masing-masing dengan urusan sendiri.

Tak semena-mena, hujung bibir dicarik nipis. Membundar renungan iris, picing pada keterujaan terlakar di seraut permata. Betapa bahagia Asjad adalah segalanya buat dia, tidak akan dipersoalkan selebihnya.

"Papa! Papa!" Asjad menarik-narik hujung baju Aufa, muncung bibir pada pancuran air.

"Iya sayang papa." Runduk kepala, Aufa jungkit kening sebelah bersama senyuman mesra. Bersedia melayani karenah permata, biarpun lirikan mata masih memanah sang isteri kekal statik berdiri.

"Picer ite. Nanak picer. Papa abilkan, oleh?" Merengek dengan lompatan tanpa henti, menceber dengan pandangan merayu mahu. Bererotan renggut pakaian Aufa, paksa ikuti kemahuan dia.

"Olehlah papa. Nanak picer. Olehlah, oleh?" Geram bila Aufa pamerkan riak keliru, panahan netra masih tuju buat Reina di sana ibarat tugu. Pelan-pelan derap kaki akur kehendak permata, kendatipun pandangan tak lari pada sang juita.

Sejenak, Reina tunduk. Dia tahu Aufa tak lepas perhatikan sedari tadi, persis merantai besi dan kunci dia ke mana sahaja ingin dibawa pergi. Terkurung dalam amaran diberi, Reina belum gila hendak lari tinggalkan Asjad di pangkuan lelaki segila Aufa lagi. Memang suami dia mampu jadi ayah terbaik, tapi bersyarat harus dia jadi cagaran segala kebaikan dilemparkan. Ada bayaran perlu dilangsaikan, perjanjian harus dia lunaskan dan tepati tanpa culas berantakan.

Menekur bentala dan hujung kasutnya, semua ini terlalu mewah untuk dia merasa. Dres dia kenakan juga, bukan calang-calang dan terletak anggun tika dia sarungkan.

Cuma, penampilan semata yang indah khabar daripada rupa. Yang sebenarnya, dia jijik dan penuh cacat cela berselindung disebalik rupawan kasat mata.

Panggung kepala, lihat pemandangan manusia hiasi ambien yang ada. Dan mata Reina, tertancap dua kelibat lelaki yang dia punya dan ada dalam hidupnya. Aufa dan Asjad, tiada lagi lain meskipun tidak pernah dipinta kehadiran mereka. Memenuhi lembah ruangan buatnya, atas dasar ikatan merantai lembaran dia.

Memalis muka kebelakang, Reina undurkan diri dan labuhkan duduk pada kerusi. Bawah redup teduhan serambi, dia pilih tenangkan sanubari dan nikmati keindahan pelbagai andi. Buatan tangan manusia itu mampu hasilkan sesuatu yang menakjubkan, seperti terbentang saujana di hadapan dia.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now