BAB 75

1K 39 5
                                    

Hadiah untuk awak semua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hadiah untuk awak semua... doakan kita nak exam, empat minggu ni kita busy exam, jadi hadiah sementara kita menghilang seketika. Insya-Allah, habis exam kita pulun sampai ending cerita ni, okey?

LAYAR pandangan menala kaca televisyen. Paparan ceritera berkisahkan dua manusia. Lebih kepada sang jejaka dan wanita, saling mengenali untuk sementara waktu, dipisahkan juga kerana masa mencemburui mereka. Kebetulan mereka hidapi satu penyakit sama, semakin rapat tanpa disangka. Perkenalan seketika, terasa sesak dada memikirkan kebarangkalian andai benar-benar jadi di dunia nyata.

Five Feets Apart.

Aufa meraih lengan bahu Reina di sisi. Merengkuh lembut agar Reina merapat pada dia. Kepala itu melentok lelah pada bahu kekarnya. Bersebelahan dia. Saling bersandaran belikat pada kusyen sofa. Pandangan mata masih menancap layar cerita, ada takungan bening penuhi birai saat interaksi perpisahan antara dua manusia.

"Aufa..." seru perlahan, merem keletihan. Mengalir lesu linangan jernih, berantakan minda dan perih dada. Fikiran dia bercelaru. Hati dipalu puing-puing lisah berburu. Resah memikirkan, apa patut dia beritahu?

Bagaimana jikalau berlaku satu situasi, tiada kesempatan diberi untuk ucapkan selamat tinggal buat kali terakhir? Pergi tanpa ketahui itulah yang terakhir kali, hanya berita meretak punah segala kepingan hati. Bobrok tak sangka. Tabrak pecah tiada sisa.

"Kenapa sayangku mutiara, hurm?" Aufa mengusap lembut lengan bahu Reina. Belan-belan beralih ke puncak jemala, mengelus tempurung itu santun penuh kasihnya.

Tak semena, semakin berjuraian laju tangisan tanpa suara Reina. Berterusan jatuh. Gugur meluruh. Hati meluluh. Dia kalah. Dia mahukan rasa ini selamanya. Dambakan dama dalam selerakan dialami, biarpun hakikat racun berbisa itu Aufa yang beri.

"Andai kata kalau Nara tak mampu tunaikan permintaan awak, ataupun boleh jadi Nara tak mampu lahirkan zuriat awak lagi, awak boleh lepaskan Nara. Awak juga boleh cari perempuan lain untuk berdamping dengan awak, Aufa. Nara..."

"Hanya Nara aje dalam hidup abang. Tak ada yang lain selain Reina Yahaira." Aufa mencantas laju. Caras kata isteri sebelum sambung lagi patah kata menyakitkan sanubari. Dia tidak rela mendengar entah apa lagi suara kesayangan itu meniti bicarakan sesuatu bukan-bukan. Endak pernah terjangkau dek akal, dia tiada niat untuk menduakan Reina. Apatah lagi melepaskan, dia mahu Reina sahaja di sisi.

"Sebab tu saya cakap andaian aje, Aufa."

"Abang tak suka."

Reina helakan desahan. Lelah. Apa lagi cara dia ada, tanpa beritahu rahsia dia simpan kepada Aufa? Risau jikalau benar-benar berlaku, pelbagai kemungkinan boleh terjadi tak terjangkau dek akal bakal dihadapi.

"Kalau saya pergi dulu, awak tak nak cari yang lain untuk teman awak ke, Aufa?" Panasaran. Bebola mata melirik sang suami di sisi, tampak halkum itu bergerak-gerak bersama rahang dimamah keras. Bergeletuk gigi menahan rasa. Aufa bejatkan elusan seketika.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now