BAB 78

1K 44 10
                                    

SEJUK

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

SEJUK.

Membeku sekotah tubuh dalam bilik dipasang pendingin hawa. Membelai caram epidermis ke tulang sum-sum kian kuat terasa. Namun Aufa tak mengambil endah hal itu. Tidaklah penting baginya melainkan Reina Yahaira semata.

Gerakan bahasa tubuh tak selesa. Gumam perlahan memanggil Reina seakan nyata.

Aufa perbetulkan posisi tubuh. Sedari tadi terlena beralas birai kasur wad menempatkan dia. Apatah lagi saat ini, setiap inci badan dicengkeram sengal bisa. Mungkin kerap tidak mendapat rehat yang cukup. Mungkin juga kerana dia tak kisah dimana berlabuh kepala, asalkan dapat lelap mata walau seketika.

"Nara..." Menggumam pelan. Masih enggan buka mata. Aufa mahu terus bermimpi indah.

Hakikat Aufa rindu. Rindu untuk bersatu dalam dekapan isteri. Rindu untuk menatap senyuman manis menggugat jiwa. Rindu mendengar celoteh Reina meskipun tiba-tiba. Rindu mahu beri kasih asmara yang dirugikan dengan dendam ego semata.

Rindu di mana, pohon semuanya yang berlaku ini sekadar mimpi ngerinya sahaja. Bukan realiti. Bahkan, berharap Reina benar-benar kembali ke sisi.

Celik mata. Berat berpinar kelopak cuba dibuka. Cuba cakna keadaan. Kerjap berkali-kali. Harapan dikait agar ada keajaiban berlaku.

Tak semena, tubir Aufa bergenang lebat. Empangan memberat. Dia tahan dengan daya yang ada. Tak mahu pecah semula buat kesekian kalinya.

Tampak semua tak akan berubah. Masih sama.

Aufa helakan keluhan panjang. Mendesah sarat kewalahan. Mungkin ini balasan harus dia galas. Cukup sesak. Cukup seksa. Tak tertanggung rasanya.

Lama.

Memangku sisi wajah di birai katil. Mengalas lengan kekar sebagai bantal agar lebih selesa. Berderu kewalahan setiap helaan udara. Kendur bahu yang dahulu perkasa. Dia benar-benar berharap rasiaan ngeri ini menanti noktahnya.

"Nara..." Aufa seru perlahan nan lirih. Berburam juring ditahan mulai tumpah. Laju meluruh turuni cerun pipi. Sejujurnya, dia terlampau lelah untuk terus berlagak gagah dan kuat setiap masa.

Kerana saat ini, benteng yang dahulu kukuh sudah roboh meruntuh. Tembok yang tinggi kini sudah punah musnah. Tewas setelah dia sedari, Reina itu hadiah terindah pernah diberi oleh Ilahi. Yang dia persiakan. Yang dia hancurkan.

Sorotan kanta hitam Aufa melemah pada sekujur jasad kaku sana. Terlantar statik dibuai mimpi maha panjang. Detik terhitung begitu lewat. Putaran masa seakan-akan lambat. Perlahan detakan begitu terasa, dia sudah tenat menanti kesedaran isteri tercinta. Terperosok lemau tubuh dan kudratnya melihat Reina.

"Bangunlah sayang... Abang rindu..." rengek melirih. Gagau tangan capai kekura isteri di sisi tubuh.

"Bangunlah... Jangan hukum abang dengan cara ni, Nara..." Aufa merayu sendu. Menarik tangan itu ke dalam genggaman. Geligi pautan tangan, dingin sulaman.

Hangat Kasih Mutiara | CWo Geschichten leben. Entdecke jetzt