𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐂𝐇𝐀𝐏𝐓𝐄𝐑 𝐈

665 39 13
                                    

TUNAK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUNAK.

Tidak lepas memerhati keletah Nuha begitu bersemangat mewarna. Silih berganti pensel pena berdansa di helaian kertas, tekun mengikut citarasa kanak-kanaknya. Sesekali, bibir kecil itu menyanyi kecil. Riang gembira gayanya.

Dalam masa itu, Aufa suakan sesudu bebutir jagung ke bibir mongel Nuha. Menikmati manisan yang dibeli tadi, terukir senyum bahagia lantas sambung kembali hasil air tangan warna-warni.

Pinggir bibir Aufa mengeleweh tanpa sedar. Lega melihat Nuha girang sahaja. Satu-satu insan masih dia ada, darah daging keluarganya. Tak jemu melayani karenah comel dan manja sang kecil, turut tertawa dan beri cadangan tika lihat lukisan sang anak.

"Papa. Papa."

Nuha menoleh. Menghentikan perbuatan mewarna dia. Mata bulatnya membundar. Tertancap pada Aufa. Seakan menilai seraut tampan sang ayah, dahi comel Nuha berkerunyut seribu persis berfikir sesuatu.

Terkebil-kebil Aufa seketika. Aneh melihat riak Nuha.

"Kenapa anak papa?" Aufa menyoal. Jungkit alis seakan tertanya, berminat nak ketahui sesuatu mengganggu benak permata. Nuha buatkan dia risau, entah apa dilihatnya sampai mengecil mata itu padanya.

Kecil besar, kecil besar aje budak comel ni aku tengok.

"Mama ulu owangnye camne, papa?" Suara halus Nuha menanya, terkerdip-kerdip kelopak mata. Manja kali budak ini.

Untuk itu, Aufa mencarik segarit senyum. Surihan sayu. Tidak menjangka sejujurnya. Tentang topik Nara akan dibangkitkan, walhal dia mahu tepis dan elak apa sahaja berkaitan isterinya. Bukan kerana membenci atau apa, tapi tak lalu dan sebu dada dek rindu merajah kepingan jiwa.

"Muka Nuha sama macam mama. Bila mama senyum pula..."

Menjeda. Aufa buka pekung dada bercereta. Renungan pula berbalam bahang menatap Nuha. Pedih penuhi juring mata, bayangan Reina seakan menerpa tiap kali ingatinya.

Senyuman Nara yang manis, dia sukai dan rasa tewas kala wanita itu melebarkan lengkungan bibir. Indah seakan mencela dia. Candu kegemaran dia ragut semahunya.

"Ada lesung pipit kat pipi mama. Macam Nuha."

Aufa bawa satu jari telunjuk ke pipi. Menekan lembut seraya tersenyum lebar. Mengingatkan kembali kenangan lampau yang menduga hati dan minda, menitis butir kristal basahi wajah saat bayangan Reina penuhi fikiran.

Rindunya pada susuk itu, tiada kata mampu disusun di helaian tinta. Betapa memori lalu memagut sayu fikiran dan atma, gulungan segara memukul dinding hatinya hingga tumpahnya air mata.

"Warna mata mama pula..." Kali ini, Aufa liarkan jari ke bawah mata. Elus lembut lingkaran berair di birai sana, cecair bening berkumpul dan berlumpa-lumba mahu tumpah.

"Sama dengan Nuha. Coklat cair."

Nuha penuh dengan bahagia. Tiada sulaman derita juga luka. Bercahaya harapan penuh cita-cita juga impian, jauh sekali dengan Nara kosong dan kelam dek lemas sendirian. Yang ada cumalah beratnya menghentam bahu rebeh isteri, terlalu payah dan sarat emosi.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now