BAB 79

907 41 8
                                    

Lepas ni last chapter (bab)  + epilog (II) okey? Rasa macam sedih, tapi tak tahulah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lepas ni last chapter (bab) + epilog (II) okey? Rasa macam sedih, tapi tak tahulah. :)

LAMA.

Kepala menengadah pada biasan kaca. Pantulan wajahnya pusam dan lesi. Bawah birai mata tebal lingkaran hitam menemani. Pupil mata hitam semakin kelam gelita, sirna dimamah rawan dan sebu melanda.

Sejenak, Aufa menyentuh bawah dagunya. Kumis melebat dan tajam. Elus perlahan, terfikir sejak bila dia membela benda alah ni?

Geleng kepala. Tangan mulai gapai alat pencukur. Membersihkan apa yang patut. Muka dibilas dan dicuci banyak kali. Pancuran air dibuka tahap maksima juga tinggi, menujah dingin dan basahi tubuh sendiri.

Sebak rambut kebelakang. Membiarkan hentaman sejuk itu mengena kulit wajah. Aufa pejamkan mata, nikmati dingin yang meresap ke tulang dan pembuluh darah.

Anggul muka menghadap bawah pancuran lebat sana. Lihat butir-butir permata mengucup kulit anggota, selusup kelegaan ketara dan segar tak terkata.

Serasa sudah lama dia tak jalani hari-hari seperti ini. Semuanya dilakukan ala kadar sahaja. Demi menjimatkan masa yang ada.

Dan entah mengapa, gemaan suara-suara itu berdengung dalam kepala. Berdengung kembali di halwa telinga. Dia tak lupa. Dia ingat dengan jelasnya.

Setiap satu riak muka sang suara. Setiap satu selirat emosi yang melanda. Bahkan, Aufa tak mampu menipu betapa seksa dan merana insan di sana. Menderita rengsa tak sudah, air mata menjadi peneman setia. Lencun menyimbahi seraut pucat tak bermaya, bening mata sentiasa penuh di juring sang wanita.

"Nara..." Melirih sayu nada. Memberat dada. Merenyuh jiwa.

Saat ini, Aufa dapat dengari. Satu per satu hingga hati dicarik luka, nyeri durja Reina bagai menyimbah asid ke hatinya. Batin terseksa betapa hebat Reina mencuba kala itu, satu pun tak berjaya untuk hentikan kegilaan dia. Rakus menganiaya sang isteri, hebat menjatuhkan hukuman yang akan menghantui sampai mati.

"Apa aku dah buat selama ni?" gumam perlahan.

Aufa merunduk. Celik matanya. Masih terlihat jelas figura Reina di sana.

Bayangan Reina begitu sebu dan remuk-rendam. Sebahagian tubuh sudah dipenuhi lebam bercak maha ketara. Luka dan parut hodoh menghiasi pandangan mata.

Dan setiap titisan dingin menjirusi sekotah jasadnya, Aufa bayangkan noda jernih membasahi wajah polos Reina. Sepasang iris coklat melaut bercampur-baur emosi, selirat tak mampu dibendung duka digalas selama ini.

Anak kecil yang menggeletar ketakutan pada mereka jauh lebih berkuasa.

Anak kecil itu sorokkan diri dan melindungi tubuh dibaham segala alatan.

Aanak kecil yang dahagakan perhatian dan pujian kesayangan bergelar keluarga.

Anak kecil mahukan kebebasan dan peluang alami kebahagiaan.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now