BAB 64

589 42 2
                                    

PUTIH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PUTIH.

Keliling kosong tanpa sebarang apa-apa. Hanya figura Reina berdiri di situ, memerhati liarkan pandangan sekitar kawasan. Saujana tiada hala tujuan, tidak ketahui mana pundak noktah pengakhiran membawa dia keluar dari ruangan. Cuba cerna keadaan, kaki mulai menapak buka langkah mengikut gerak hatinya.

Dia perlu keluar dari sini.

Menelan liur payah. Pekung dada menghela nafas tidak sekata. Kempas-kempis diulit gundah, bebola mata dilarikan kanan dan kiri. Cuba berhati-hati, memastikan tiada padah menimpa pada diri.

Sesaat, langkah Reina terhenti. Disekat sesuatu. Bagai dipasak dan pasung agar tekal berdiri, kelambur dahi cuba memaksa untuk teruskan perjalanan lagi.

Sayang, tidak berjaya. Tiada perubahan melainkan bisikan-bisikan aneh memenuhi segenap arah, berdengung halwa telinga bunyian bingit dan hempasan menujah jiwa.

Reina runduk bawah. Tercungap-cungap helaan udara, bergelugut membalut fitur ketakutan yang hadir tanpa kaki. Pergelangan kaki sudah dirantai untaian besi, mengunci sendi begitu ketat dan erat. Sejenak, kabus pekat menghalang pandangan. Cukup membuatkan Reina tengadah, ambien sudah dipenuhi asap putih yang mengganggu penglihatan.

Entah di mana dia berada, tiba-tiba sahaja dimensi sekeliling berubah gelita.

Panik. Berusaha untuk larikan diri, namun Reina menjelepuk jatuh saat lagaan besi hampang laluan dia pergi. Perit. Sakit. Terkapai-kapai untuk bangun semula, berbahang tubir mata dek ketakutan membara. Cuba bersuara pinta bantuan, tandus kehausan tekak tak mampu melainkan lesir semata.

"Nara sayang..." Meleret nada suara, berpuput lembut di halwa telinga.

Remang bulu roma, mengguyur laju air mata.

"Si... siapa..." Perlahan, melirih ton tiada tenaga.

"Reina Yahaira..." Gemeresik seruan, selangi kekehan.

"Ja... jangan... de... dekat..." Memejam mata rapat, Reina meringkuk dekap tubuhnya erat. Cuba melindungi diri, bayu dingin mengucup epirdemis rakus tanpa ihsan. Berkertuk lagaan gigi ketakutan, ritma jantung tak sehaluan. Membayangkan diri keseorangan, dikurung dalam dunia aneh penuh kegelapan.

"Mutiara Aufa..." Mendayu bisikan, cukup membuatkan Reina melotot bungkam. Berjejeran tumpah air mata, gelita hitam tak mampu ketahui dari arah mana datang.

"To... long..." Tergegau jemala, mencari punca siapa dan di mana suara itu hadir menjelma.

Seketika, terasa hembusan hangat membelai dia. Terasa benar-benar rapat menyentuh cuping telinga, bahang yang berentang tongkah arus pembuluh darah wanita dia. Menggeligi tika rasa diperhati, tak semena-mena kakinya ditarik dan mengheret kasar ke suatu dimensi berbeza.

Langsung, persekitaran berubah kediaman lama. Teduhan sewaktu zaman kanak-kanak tak seindah mana, ruangan bilik kecil menempatkan kasur dan meja belajar. Dan entah bagaimana, dia kini terdampar lemah pada tengah kamar.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now