BAB 19

651 37 11
                                    

Lamanya tak udpate sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lamanya tak udpate sini. Dah berhabuk dah. Jemputlah baca, tak ada angst selagi mamat tu tak balik dari kerja :)

ANDAI tagar berdentum hebat, maka alunan kerpasan berdendang lebat. Simfoni indah tatkala gelita bumantara, harapan moga luntur segala rasa. Melankolik meladeni sekeping atma, reda saat nikmati semesta memahami isi jiwa.

"Saya nak ambil angin."

Itu ungkapan Reina utarakan. Tahu-tahu Hakim angguk persetujui. Membawa destinasi ke taman berdekatan. Singgah seketika gerai tepi jalan, beli sarapan mengisi perut kelaparan.

Labuhkan duduk di bangku disediakan. Panggung kepala, liarkan pandangan sekeliling kawasan. Kedua-dua tangan utuh memegang plastik makanan, leka sekali-sekala rapatkan mulut nikmati bekalan.

Belaian silir menguncup roman muka. Sayup-sayup manja mengalunkan helaian rambut bebas mengurai jatuh. Berdansa mesra tika cuaca masih redup, atmosfera tenang biarpun biasa. Kerana kadangkala itu, Reina sendiri tidak pasti hidupnya benar-benar baik mahupun tidak. Mahu kata dia tak apa-apa, jauh daripada pangkal benar. Ingin luahkan lara alami begitu lelah, dia tiada tiket untuk beritahu rasanya.

Panahkan netra beberapa figura kelilingi litar larian. Tampak bersemangat mereka lakukan. Cuma, bukan itu Reina perhatikan. Tertumpu pada gadis kecil di tengah, diiringi sang wanita dan lelaki berpimpinan tangan sang cilik bersama senyuman bahagia. Pada kiraan dia, mungkin ibu bapa sedang mengajar sang anak berjalan pada hujung minggunya.

Dalam diam, Hakim berdiri di sisi sekadar lirik sekilas pada Reina. Dia cuba tancapkan pandangan arah sama seperti Reina, lorek senyum tipis tatkala ketahuinya.

"Mesti seronok kan..." Jeda. Masih tumpukan kemesraan kanak-kanak kecil bersama ibu bapanya. Serasa kepingan hati dicarik halus, terbit puing cemburu dalam jiwa.

Tunduk. Gigit kecil kuih kasturi, sudah lama dia tak merasai. Manis buatan, enak meskipun telah sejuk kuihnya. Rasa kali terakhir dia makan, masa sekolah rendah dulu.

"Ada keluarga kisahkan kita." Reina bisik perlahan, hujung mata menitik butir kristal. Bahang birai mata, kilauan jernih penuhi layar pandangan dia. Andai kata sedih tatluki dia, tak rela untuk tangisi sesuatu perkara sudah lama berlalu.

Khali. Hakim dengar bicara sang wanita di sisi. Cuma, dia saja pilih untuk diam diri. Tak mahu ganggu emosi sedia memberontak, berikan masa tenangkan nurani dilanda onak duri.

"Paling tak..." Gigit bibir. Tak layak untuk tuturkan itu. Tapi, harapan dia ada yang memahami di sisi. Apa terlalu melampau sangat permintaan dia yang satu ini?

"Susahkan puan? Nak cari orang yang faham kita. Tapi puan tahu tak, ada yang sentiasa ada dan tak jemu dengan kita."

Hailah, Hakim ni pun. Orang dah kata tak perlu berpuan dengan dia kan?

Reina katup mata. Mengalir lesu air mata. Menyeruak serpihan kaca dalam jiwa, tabrak suatu kenyataan nyata.

"Allah." Suaranya lirih. Dia sedar itu. Satu-satu yang dia punya dan masih ada, adalah Allah. Bekali kerana larutnya dalam luka, berkali-kali persoalkan mengapa harus dia?

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now