BAB 18

651 32 2
                                    

BERDENTUM layar kejadian penuhi fikiran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERDENTUM layar kejadian penuhi fikiran. Serta-merta, Reina melotot deraian air mata. Membanjiri lekuk pipi. Berbalam-balam pandangan sapa ruangan sekeliling. Berdetak kencang degupan jantung. Resah jiwa dengan keringat meluncur laju. Ampu tangan pada kedua-dua belah sisi tubuh, menarik batang kaki hampiri dada.

Payah nyeri tulang-belulang, perih sengal keseluruhan anggota badannya. Meligih lengan halus memeluk tubuh sendiri, lebih erat berbanding biasa. Labuhkan dagu pada lutut bersama tangisan bisu, terkumat-kamit gumam sesuatu. Kusut helaian rambut menutup sebahagian wajahnya, abaikan keadaan tidak terurus diri dia.

"To... tolong Nara..."

Pundak noktah derita itu tiada.

Dusta. Mana mungkin hirap dihembus bayu. Apatah lenyap akibat prahara samudera.

Masa? Persetan segalanya, bodoh sahaja boleh sembuh dek buaian detik berlalu. Hatta, kau tak nafikan ia sebahagian dalam lembaran hidup. Punca masih hirup nafas bumi, cuma kali ini tidak pernah mencukupi. Terasa lelahnya. Terasa peritnya.

Semuanya sekadar skesta pura-pura, sedangkan kepingan hati terlalu rapuh persis surihan karbon.

Silap sentuh, luka memadai. Seakan tagar tanpa bunyi, sekadar sinar tapi berbahaya. Persislah jiwa-jiwa manusia, luaran tenggelam dalam topeng mereka.

Berbeza-beza bagi setiap insan, sama ada terus diam atau berubah kejam. Sudah biasa tundingan jari manusia, tetapi sampai bila?

Heh, apakah mereka tahu rontaan batin kita memberontak untuk lepaskan rasa? Tentang senandika diri kita tahan berapa lamanya? Adakah yang sudi ketahui, masing-masing punya kisah dan pentingkan diri.

"Nara..."

Geleng perlahan, Reina koyak senyum nipis. Bujuk luka lama dan segar, biarkan ia kambus dalam semula. Sudah-sudahlah, dia juga letih layaninya.

"Nara pembunuh ke ibu?" bisiknya pelan. Menggigil belahan bibir, penuh isi kepala. Tak mampu membuang bayangan masa lalu. Ekoran menghantui persis bayang-bayang.

"Nara dah bunuh dia. Nara dah bunuh Raina. Nara dah bunuh dia."

Paksa diri ulang bait yang sama. Tak ubah seperti kaset rosak. Mana mungkin dia lupa. Pasca itu dia lakukan dengan tangan sendiri.

Ada ke cara terbaik untuk leraikan kotoran satu ini daripada terus melekat padanya? Noda cecair hanyir segar mengalir di tangan, terngiang bauan dan adegan tersebut jelas sekali.

"Nara dah bunuh ibu juga."

Melepaskan pautan pelukan di tubuh. Reina panggung wajah. Tangan geligi dia bawa hadap muka sendiri, serasa berbiram merah tercalit padanya. Seakan ada listrik menghentam dia, jeritan histeria Reina bergema.

"Tak... tak..." Menggelupur berundur kebelakang lagi. Hampir saja terhantuk sudut dinding. Tangan beria-ia gosok kasar pada pakaian sarungi susuknya, cuba hilangkan segala noda dosa. Benci bilamana tidak mampu usirkan dia, Reina paut kepala sendiri lantas mengongoi hebat.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now