BAB 14

708 34 9
                                    

Kali ni bebetul last sebelum hiatus untuk ujian esok, selamat membaca :)⚠️ Bullies & kiss scene

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kali ni bebetul last sebelum hiatus untuk ujian esok, selamat membaca :)
⚠️ Bullies & kiss scene

BERANTAKAN. Hancur deraian ke lantai buana, betapa hati kecilnya begitu rapuh. Berkecai selerakan sisa, tinggalkan dia sendirian untuk bangkit semula. Aneh kadangkala, katakan kotor noda dan calitan darah lela padanya tetapi gemar melihat dia terluka. Deras mengalir cecair besi nan hangat, sembuhkan pelan meskipun ketara kesan sebagai perhiasan.

Parut. Bukankah cantik dan indah ukiran itu, gah disebalik litupan kain menutupi jasad dan epidermis halusnya. Ada jelas terlihat luaran semata-mata, mampu disimpan rapi penglihatan manusia berbanding hati yang nyata tiada sesiapa ketahui dalamnya.

Menekur lantai simen, tangan meligih bawa dulang makanan. Angkat kepala, hiruk-pikuk keadaan rehat perkara biasa. Liarkan pandangan pada sekeliling ruangan kawasan, tampak tiada tempat kosong lagi buatnya. Buka langkah juju ke sudut dewan, agak terpencil berbanding lain.

Labuhkan punggung bersila, letakkan berhati-hati rezeki hari ini meskipun sepatutnya berselera. Sup ayam dan sayur capcai, jujur mewahnya bukan kemain tatkala barisan bertugas juga terdiri daripada para banduan pelajar di sini.

Ralit menerawang jauh, tanpa aba-aba sejuk menyentuh puncak kepala. Mencurah dingin basahi batang tubuh berbalut pakaian, Reina ketap bibir erat bendung rasa. Spontan Reina panggung wajah, riak terkebil-kebil apabila ada beberapa pelajar sudah mengelilingi dia.

Bahana apa pula kali ini? Tidak bolehkah walau sekali berikan kehidupan aman kepadanya, bukan dia pernah ganggu hidup mereka pun.

"Hadiah untuk kau," beritahu salah seorang gadis daripada mereka. Bibir larik senyum sinis, anak mata nilai atas bawah lihat betapa kuyup mangsanya. Jag berada di tangannya beralih tangan, dia hampiri Reina lantas bongkok sedikit samakan paras wajah.

"Reina Yahaira binti Abdullah."

Sekonyong-konyong kolar baju Reina direntap kuat, paksa bangun saling bertentangan mata. Dentingan dulang besi berlanggaran, selerakan makanan di lantai sana. Lirik sekilas keadaan tersebut, perit cengkam berdenyut tak kurang lihat rezeki dibazirkan sebegitu sahaja. Sebu tatkala dia belum sempat jamah waima sedikit pun, sudahlah lapar ditambah bencana masalah.

Dan-dan, pipi kanan Reina terima tamparan kuat. Berdengung koklea tahan pedih, berbirat rasanya hingga memerah kesan terhias ketara. Cecair hanyir terbit di tepi bibirnya, leraikan genggaman lantas menolak batang tubuh itu terjelepuk jatuh.

Tak sempat cerna situasi, kerumunan gadis sebayanya mulai kelilingi dia. Salah satu duduk menghempap perutnya, senak cuba keluarkan jeritan sakit. Sayangnya, tiada suara terhasil dek tersekat di celah kerongkong semata-mata. Kaki meronta-ronta tak mahu, menggelupur dahsyat tika kakinya pantas dicengkup lain agar diam-diam sahajaa.

"Balaslah perempuan, kau kan pembunuh. Asal pula kau nak menangis bodoh!" Naik seoktaf frekuensi nada sang gadis, gila gamaknya. Berkali-kali wajah pucat Reina ditampar sekuat hati, paksa beri jawapan apabila raut itu seakan memerli. Sekadar diamkan diri, membuatkan dia tercabar hebat.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now