BAB 41

828 34 13
                                    

SEMINGGU berlarutan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMINGGU berlarutan. Tempoh itu, Reina cipta jurang yang begitu besar. Cuba mengelak sejauh-jauhnya daripada anasir suami sendiri. Anti berdekatan manusia bertopengkan durjana, pasti ada rencana lain dan bukan sekadar yang diperkata. Andai boleh, bayang-bayang Aufa pun dia mahu elak sebolehnya. Jangan terserempak langsung. Termasuk bauan ataupun suara lelaki itupun, dia tidak sudi berdekatan menjamahnya.

Melainkan waktu tertentu, Reina terpaksa berpura-pura. Tak mahu terlalu ketara pada pandangan Asjad. Ada masa harus meluangkan masa bersama, di mana dia menemani sang permata. Dan tika itu juga, Aufa rebut peluang yang ada. Mengambil kesempatan selit sama, duduk bersebelahan isteri tercinta.

Yang di mana, berjaya membuatkan Reina mendidih amarah. Biarpun tangkai hati bergolak cuak tidak mampu terima. Terutama batang tubuhnya akan menggigil halus saat hangat lengan membelit dia. Terasa usapan pada lengan bahunya, Aufa pula beriak bersahaja pandang Asjad begitu tekun mewarna.

"Tolong jangan sentuh saya, tuan." Nada dikawal sehabis mungkin, bahang kelopak birai matanya. Lengan halusnya menggigil hebat di muka meja, dikepal erat agar tidak kelihatan di mata dia.

"Nara isteri abang." Sebaris ayat itu, Aufa tuturkan lancar. Seakan tiket membenarkan dia peluk Reina biarpun isterinya tidak selesa, namun jujurnya dia mahu Reina terbiasa. Kerana kali ini, dia tiada niat hendak menyeksa melainkan tumpahan kasih yang bergelora.

Sayang, perkara itu hanya menyimbah asid pada taupan luka lama. Membuatkan yang di sana dibadai ribut emosi, mahu bentak dan menangisi. Benci kerana Aufa ambil kesempatan padanya, sedangkan dirinya sudah cukup bahana menanggung azab untuk sebumbung bersama.

"Tolong faham saya, tuan. Jangan sentuh saya," rayu Reina perlahan, tidak tertahan.

Linangan jernih menari-nari di tubir, betapa Reina tak mampu teruskan lakonan gila ini. Mesra dengan lelaki yang pernah menyakiti dia, memang benar-benar mengali kubur sendiri. Ini pun sudah membuatkan akal warasnya menghilang, bila-bila sahaja serasa lautan bergelora bakal pecah sekali lagi. Cukup merentap tangkai hati sendiri, menempah maut pada jiwa hampir mati.

"Asjad pandang kita, Nara." Aufa berdalih. Ubah topik. Namun dia jugaa tidak menipu, Asjad memang langut kepala pandang mereka berdua.

Dalam keadaan tidak rela, Reina paksa menolak diri ke hujung curam. Hampir jatuh tersungkur dan tenggelam lemas dalam gelita, tiada sesiapa yang menyelamatkan dia. Mengoyak senyuman lebar menutupi kepalsuan melanda, tatap bersama bening berkaca pada seraut comel kesayangan.

Aufa eratkan dekapan. Merapat kemas pegangan, Reina kemam bawah bibir ketakutan. Senyuman dia terasa kekok dan janggal. Empangan birai juga semakin memberat, bagai disayat-sayat menahan sebu dada kian sarat.

Sekonyong-konyong, Asjad hentikan aktivitinya. Merunduk bawah meja, merangkak hampiri mama dan papanya. Menyelit masuk duduk di tengah-tengah, kepala terjengul dengan mata bekerdip manja. Ulas bibir melekuk sengihan lebar. Kepala oleng kanan dan kiri, tayang senyuman gembira melihat mama dan papa bersama.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now