BAB 13

886 36 4
                                    

Hadiah untuk kamu, kali ni tertabur banyak sangat merah dia

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Hadiah untuk kamu, kali ni tertabur banyak sangat merah dia.
⚠️ kiss scene and foul words

"BANGUN Nara."

Aufa bongkokkan postur tubuh, sentuh bahu sang isteri lantas ditepuk beberapa kali. Pohon agar Reina segera sedar, terlalu lama malam berlarutan sehingga menjelang pagi sudah. Biarpun tampak betapa kewalahan keadaan gadisnya, Aufa tak mahu endahkan terutama dia paksa Reina untuk turuti semua kehendak dia.

Gumam tidak selesa, berat serasa bebanan hempap dia. Bagai ada batu tan menjunam jasadnya, tak berdaya menongkat kudrat waima sekelumit. Perlahan-lahan Reina cuba buka mata, kabur pandangan tatkala sekeliling kamar telah disimbahi cahaya terang-benderang.

"Berapa lama lagi kau nak rehat? Dah lewat ni Nara," ujar Aufa seraya tarik selimut membaluti Reina. Terkebil-kebil Reina sebelum takungan jernih kembali bahang penuhi juring mata, segan dan amarah bergumpal satu tika Aufa sengaja jauhkan kain gebar daripada membungkus dia.

"Bagilah Aufa," rayu Reina lirih. Lelah untuk bertekak dan beradu tenaga, apatah lagi keadaan sekarang begitu mengaibkan. Risau jikalau terus berbalah, dia tewas dalam genggaman sang suami nyata gemar menyakiti.

"Kalau aku tak nak," tungkas Aufa menguji. Samakan paras wajah mereka, renung dalam-dalam iris berkolam sayu. Menerobos cari sesuatu, segara emosi luas terpampang pada gadis ini bagai lembaran buku terbuka saujana mampu dibaca.

Aneh sejujurnya, bagaimana insan selemah ini mampu meragut nyawa seseorang suatu ketika dahulu?

"Suka hati awaklah Aufa. Saya malas nak cakap dengan awak." Reina mengalah. Kemam bawah bibir rapat, meluncur desis halus setiap gerakan ternyata nyeri berdenyut setiap inci. Menitis butir permata, bergelugut tulang-temulang dan sakit menyengat untuk melakukan waima sekecil-kecil pergerakan.

Tiada kekuatan untuk membidas setiap omongan Aufa, biarkan Aufa bermaharajalela dan dongak angkuh atas kemenangan yang dimiliki. Sememangnya dia ketahui posisi dan kedudukan takhta bersama lelaki ini, sekadar boneka kesumat dan bayaran lumayan atas kehilangan nyawa sang adik yang dicintai.

Aufa jungkit kening tinggi, menarik bilamana Reina begitu berani. Mahu katakan bantah, tapi jelas Reina mengah untuk layani karenah dia.

"Tutup badan hodoh kau tu elok-elok, Nara. Siap cepat, nanti lambat." Aufa lemparkan fabrik batik kepada Reina, betul-betul tepat pada raut pucat itu. Pinta lindungi susuk begitu jelek berbelau sana sini. Dia sendiri tak mampu melihat, bagaimana tuan empu mampu bendung semua luka tersebut?

Reina pejam mata, cuba tak zahirkan rasa pada kelakuan Aufa. Sungguhlah, kalau tak ikhlas baik tak perlu bagi terus.

Berbeza dengan Aufa, berperang dengan gelojak membadai dada. Payah untuk tampak berpura-pura, lakonan kurang mantap sedangkan sang jaka itu hakikat sangat risaukan isterinya.

Hangat Kasih Mutiara | COpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz