EPILOG III

1.4K 44 35
                                    

KERDIP sekali

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

KERDIP sekali. Cuba sahkan sama ada betul ataupun tidak wad yang menempatkan gadis itu. Berkali-kali Aufa berperang sama sendiri.

Betul ke tindakan dia ni?

Patut ke dia bertentang mata dengan manusia yang telah menjadi punca deritanya?

Sekalipun dapat berjumpa, Aufa tak tahu apa yang dia nak sebenarnya?

Andai ya, apa dia mahu lakukan?

Mahu meradang dan tangis lagi, sudah tak berdaya untuk dia. Walau apapun jadi, dia perlu teruskan hidup seperti biasa. Menjalani hari-hari menjadi rutin hidupnya. Tiada apa dia boleh buat pun hakikatnya.

Jikalau dengan amukan mampu pulangkan kembali arwah adiknya, dia sanggup dan rela. Tapi semua itu, terlalu mustahil menjadi nyata.

Lelah. Aufa akhirnya menggeleng. Dia sudah sampai ke sini, takkanlah mahu sia-siakan pula peluang yang ada. Baik dia redah sahaja. Tak salah rasanya untuk mencuba.

Maka, Aufa mengikut kata hati. Langkah kaki menjuju pintu bilik wad yang sudah dua hari dia perhati. Sejak awal lagi, Aufa mengekori. Aufa gali maklumat tentang pembunuh adiknya.

Menurut hasil Syahir beri, gadis itu masuk ke hospital disebabkan kes mencabul. Aneh betul. Macam mana seorang pembunuh tak mampu melindungi diri sendiri? Siap boleh terlibat dengan perkara sebegitu.

"Saya nak jumpa dengan dia."

Tanpa aba-aba, Aufa sampaikan hasrat yang diingini. Pengawai polis inilah menjadi punca utama. Asbab mengapa dia berbelah bahagi mahu lawat pembunuh adiknya sendiri.

Ikutkan, Aufa malas mahu bersoal siasat. Tapi dia juga letih hanya sekadar melihat dari jauh. Dia mahu tatap wajah pembunuh itu di hadapan matanya sendiri. Setakat gambar dan maklumat peribadi gadis tersebut, Aufa boleh sahaja pinta Syahir uruskan semua.

"Kau siapa?" Kasar. Tiada secalit senyum hiasi muka. Keras semata. Memang gaya tak benarkan sebelum dia bertanya lagi.

Dalam diam, Aufa menggurutu dalam hati. Mahu sahaja dia melawan. Tapi Aufa harus sedar, dia perlu lakonkan watak paling baik di hadapan pengawai ini. Kerana jujurnya, Aufa tak mampu halang kehendak nurani mahu lihat siapakah gadis itu disebalik pintu sana.

Tika Syahir beri maklumat, Aufa sekadar pandang sekilas gambar gadis itu. Namanya indah. Terlampau indah sehingga membuatkan hatinya menggelegak marah. Lebih kurang sama macam arwah Raina.

Benci. Dia benci untuk menerima hakikat tersebut. Nak sebut pun rasa geli. Mual anak tekak.

"Saya wakil yang uruskan pengebumian arwah ibunya. Saya cuma nak jenguk keadaan dia. Tiada niat lain. Lagipun, saya nak beri amanat terakhir arwah ibu dia."

Aufa meneruskan skesta. Siap tunjuk sampul surat di tangan dia. Sedari tadi digenggam kuat. Malah, dia dah baca isi dalamnya. Bukan apa, Aufa mahu tahu juga apa dia ibu kesayangan gadis itu telah nukilkan. Dan jujurnya, Aufa rasa mahu gelak bila baca.

Hangat Kasih Mutiara | CWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu