BAB 1

2.2K 85 1
                                    

JERITAN melangsi hebat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JERITAN melangsi hebat. Pekikan ibu ayah jelas menujah gegendang telinga, bertengkar tidak sudah asbab remeh. Reina segera sorokkan diri. Menyelinap di bawah meja makan, telapak tangan menekup mulut kawal pernafasan berburu resah.

"Awak dayus, Raz! Apa lagi awak tak puas dengan saya?" Sebak tutur kata ibu mendendang halwa telinga. Bergetar lelah menanggung beban, tidak tahu silapnya sepanjang menjadi isteri lelaki itu.

"Bodoh, kau kata aku apa perempuan!" tengkingan ayah kuat bergema. Segera menerpa ibu dengan renungan pemangsa. Ibu sudah berundur mahu larikan diri tetapi pantas pinggang ibu disauk kemas dalam dakapan ayah. Menghalang larian mangsa dalam cengkaman, mana mungkin dibiarkan setelah mencabar amarahnya.

Pupil mata Reina kasat mata melihat semua. Peha dibawa rapat ke dada, memeluk erat jasad sendiri. Keringat menguncur laju, birai mata berkaca-kaca kala adegan itu berlaku lagi di hadapannya. Susuk ibu di sana dijagal teruk habis-habisan.

Setiap kejadian diperhatikan tanpa lepas. Berderai buliran jernih merentasi pipi, dia nampak ayah menghempas ibu kuat ke lantai. Tubuh ayah menindih tubuh ibu, tajam panahan dia tetapi pantas ditahan ibu sedaya upaya. Lengan halus itu menggigil cuba lawan kudrat lelaki, membundar sayu anak mata pada sang suami.

"Bukan sini awak, Nara ada. Nara ada," rayu ibu seakan merintih. Pohon secebis belas agar sang anak tidak melihat perilaku agresif suami secara berlebihan, mendengus geram ayah dengan mata memerah.

Sekonyong-konyong satu tamparan menghinggap wajah jelita itu. Ibu merengsa sakit dengan cucuran air mata, ayah pula pamerkan riak bengis sebelum mengheret ibu ke kamar secara paksa.

Kali terakhir perkara dilihat adalah keadaan ibu tidak bermaya. Seakan rela menadah dirinya, daun pintu ditutup rapat dari pandangannya. Entah apa yang berlaku, dia hanya mampu doakan agar ibu baik-baik sahaja di sana.

Meskipun dia tahu, pengakhirannya tetap sama.

"Kita tak boleh hidup macam keluarga lain ke, ibu ayah? Kenapa kita mesti macam ni?" soalnya perlahan, mengharapkan jawapan.

Sayangnya, ia sekadar dibawa silir lalu. Tiada yang sudi membalas, menjadi tanda tanya dalam benaknya hari-hari.

Sepanjang malam, koklea dihidangkan suara rayuan dan tangisan pilu ibu tanpa henti. Jujur, hati Reina direntap rakus membelah segala tulang rusuk. Lasat apabila hampir setiap hari layar sama menjadi santapan, namun ibu kekal bertahan dengan ayah jelas-jelas bawa kemusnahan.

"Maafkan Nara, bu. Maafkan Nara..."

KEPALA menoleh ke sisi, seraut polos gadis berusia enam tahun menyapa penglihatan Aufa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEPALA menoleh ke sisi, seraut polos gadis berusia enam tahun menyapa penglihatan Aufa. Dalam suram malam, diterangi jalan mereka samar cahaya lampu jalan semata-mata. Candra menghiasi gelita ditemani kejora bergemerlapan indah, cukup mekar hari-hari dia bersama tercinta.

Jauh nun di sana, beberapa kelompok remaja dan kanak-kanak turut ada. Sama-sama melangkah pulang dari surau terdekat, menjuju yayasan perlindungan menempatkan mereka semua.

"Pegang tangan along baik-baik, Raina Ufairah."

Kontan Raina memalingkan muka, anggul tinggi pada Aufa yang turut memandangnya. Serta-merta hujung bibir Raina mengernyih kecil, barisan gigi putih tersusun ditayangkan suka.

"Okey along!" sahut Raina ceria. Tubuh sendeng lebih dekat dan rapat, masih sengih seperti kerang busuk lagi manja.

Aufa picingkan mata. Geram rasanya melihat budak bertuah ini, nasib adik tercinta yang disayangi.

Terlalu ralit melayani Raina, tidak sedar mereka semakin ketinggalan di belakang sana. Malam semakin larut, kesuntukan waktu dibelai pawana dingin. Lekas-lekas Aufa cipta solusi baru, lebih baik cepat sebelum lewat kegelapan membungkus semesta.

Automatik Aufa pilih bertinggung hadapan Raina, menyamakan paras wajah mereka. Bingung, aneh reaksi Aufa tiba-tiba jungkit alis tinggi berkali-kali. Tidak membuang masa, Aufa leraikan tautan tangan mereka lalu mendepakan luas kepadanya. Akhirnya Raina senyum lebar dan mengangguk setuju, terus melompat naik dalam pegangan Aufa.

Aufa bingkas bangun semula, mendukung Raina kemas dalam rangkulan. Raina pula terus melilit lengan kecilnya pada batang leher Aufa, rebahkan kepala manja penuh suka. Setelah benar-benar memastikan Raina selesa, Aufa menyambung langkah kembali menyaingi yang lain.

"Allah, beratnya kau dik."

"Ala, adik ringanlah. Along kan tough macam Hulk, tak apalah." Raut Raina cemberut, menggeleweh lekuk bibir muncung ke hadapan. Berjaya membuatkan Aufa meluat, sengaja ajuk percakapan adiknya. Seketika sahaja sebelum hidung mancung dia dikepit berbisa bahana Raina.

Aufa melotot terkejut, meringis pedih. Raina pula sudah selamat meletuskan tawa, menceber ejek pada along kesayangan yang berbera rongga nasalnya.

"Aduh, sakitlah aku dik! Banyak cantik perangai budak bertuah sorang ni." Aufa dengus geram. Acah-acah marah tetapi jujurnya Raina faham reaksi Aufa sekadar mahu mengusik dia.

"Terima kasih along, adik memang cantik."

Dan-dan tawa mereka bersatu, bersimfoni indah dari celahan bibir masing-masing. Bahagia.

Sebaik sampai, lega mendiami sanubari. Aufa lirik sang adik sekilas, ketiduran pulas dalam dakapan dia. Sekejap, bibir dia mengecup dahi Raina penuh kasih. Menatap Raina lama dengan tatapan tulus, telus sayang tidak berbelah bahagi dari sepasang matanya.

"Selamat malam, puterinya Aufa."

"Raina dah tertidur ya?" soal satu suara lembut wanita menampan koklea. Aufa anggul wajah, bibir carik senyum nipis melihat gerangan fitur anggun tersebut. Bonda.

"Bonda, jagakan adik Aufa ya?" pinta Aufa berbaur kerisauan. Memohon agar adiknya baik-baik sahaja dalam jagaan bonda. Gusar kerana bilik lelaki dan perempuan adalah secara berasingan, maka setakat itu dia mampu pantau Raina.

Bonda lakar senyum, jatuhkan kepala. "Ya Aufa, bonda ada kan? Dah, masuk dalam ikut kawan lain. Untung tadi ada ngateh kat surau tadi, boleh terus kemas dan tidur."

Aufa koyak senyum juga, mengangguk terima pesan bonda. Dia hulurkan jasad Raina pada bonda, disambut baik tanpa menganggu dini sang adik. Seusai, Aufa lambai mesra lalu pusing tubuh menapak pergi mengikuti satu-satu sahabat nun di sana. Sungguh setia ada di sisi dia kala susah senangnya.

"Jom, malam ni satu set matematik?" cabar Fizi sembari dipaut Aufa celahan axilla miliknya. Sengaja diangkat kening tinggi, larik sinis hujung bibirnya.

Spontan, pinggir bibir Aufa turut carik senyum miring. Tidak teragak-agak intonasinya membalas, "Insya-Allah, jomlah. Tapi kalau kau kalah, kau kena belanja aku rehat esok."

"Deal."

Next chapter ke masa hadapan pula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Next chapter ke masa hadapan pula.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now