BAB 77

929 45 12
                                    

KASAR helaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KASAR helaan. Bersalut resah setiap detikan. Raup muka berkali-kali. Menengadah kepala, cuba usir bayangan Reina diserkup selimut darah dalam minda. Sebolehnya Aufa mahu lupa keadaan ngeri tadi. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Sementelah dia menerima berita, Reina harus jalani pembedahan segera. Perlu lahirkan anak dalam kandungan dalam tempoh lekas, bersama kejutan tak pernah dia sangka. Apa yang disampaikan kepadanya benar-benar menyentak jiwa. Tidak menjangka rahsia sebesar itu telah berjaya disimpan rapi. Dia tak menyedari langsung pada sang isteri yang berpura-pura selama ini.

"Macam ni lah, tuan. Saya harap tuan benarkan isteri untuk jalani pembedahan caeser dan juga pembuangan rahim segera. Barah yang isteri tuan alami dah mencecah tahap empat, dan besar risikonya kalau kami biarkan saja. Daripada maklumat saya terima, sel kansernya dah merebak sampai ke peparu. Sejujurnya, risiko dia agak tinggi dan berkemungkinan juga..."

Dihenyak batu menghempap kepala. Satu kebenaran sukar untuk dia terima. Aufa terpana. Detak jantung tak sekata. Nafas berburu resah. Cuba menidakkan segalanya. Jujurnya, Aufa tidak percaya.

Sepatah haram pun dia tak boleh menerima. Semua ini dusta.

Mana mungkin Reina sorokkan perkara sebesar ini daripadanya. Tidakkah Reina sudah mulai memaafkan dia? Mengapa perlu simpan masalah berkenaan kesihatan dirinya sehingga tahap sebegini?

"Jadi sebaliknya, tuan. Antara apa yang team saya boleh buat dan takdir Tuhan, kita hanya mampu usaha dalam lakukan dan Dia lebih berhak menentukan. Insya-Allah, isteri tuan boleh selamat biarpun kadar peratusan sangatlah rendah. Paling baik pun, isteri tuan akan alami koma sebagai kesan sampingan setelah pembedahan berjaya dijalankan."

Dengan izin Dia semuanya. Namun Aufa tetap mengharapkan Reina tidak apa-apa. Jikalau boleh, dia mahu nafi segala kenyataan telah dibentangkan luas padanya. Sukar untuk dia percaya, dan Aufa sudah tahu atas asbab apa persoalan itu pernah diaju Reina sebelumnya.

Bagaimana andai satu hari nanti, Reina tidak lagi mampu membawa zuriat keturunannya? Apa dia perlu hukum juga sedangkan wanita itu bermati-matian menjaga kandungan demi menunaikan impian gila dia. Sekiranya sebaliknya, tergamak ke kau nak sakitkan dia lagi Aufa Fazrain?

"Tuan boleh sign sini."

Menengadah. Suam pelupuk mata. Memerah tatapan bersama bibir geletar takut. Seandainya ini yang terbaik untuk nyawa Reina juga, Aufa sanggup.

Tidak mengapa andai wanitanya tak mampu lagi membawa zuriat.

Tidak mengapa juga jikalau anak diterima kali ini lelaki sekalipun.

Tidak mengapa asalkan nyawa satu-satu insan dia punya dan ada dapat diselamatkan.

Aufa tak mahu kehilangan Reina. Aufa inginkan Reina. Aufa nak Reina. Mutiara bersinar yang mampu gilap segala gelita kelam diri dikaburi dendam, berjaya sehingga dia jatuh dan tertawan ungkapan sendiri.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now