BAB 11

793 40 30
                                    

LANGIT malam bungkus kanvas buana, lampu neon metropolitan turut gemerlapan kian pelan-pelan suram hiasi suasana. Bekali sudah larut detik berlalu, bayu yang berpuput juga dingin semacam menghinggap kulit hingga ke tulang hitam.

Serasa letih berjalan kaki, tidak pasti sudah berapa detik kian berlanjutan di luar. Harapan agar Aufa belum pulang lagi, dia tak mahu kehilangannya dihidu begitu awal. Cukuplah sangkar kurungi dia membuatkannya lemas, tenggelam dalam lembah sengsai ciptaan perjaka.

Entah mana arah tuju, tiada destinasi tetap melainkan naluri hati membawa dia ke sini. Dia lebih rela lari jauh, usah jumpa kembali lelaki bergelar suami. Mungkin bodoh itu berlipat kali ganda, tapi dia bukan bengap untuk berterusan sama dengan insan pembawa bala.

Reina panggung kepala, pejam celik pada jumantara. Mengharapkan ada sinar terangi waima secubit cuma, tetapi sayangnya ia zulmat semata-mata. Taburan bintang juga tiada, kira-kira Reina semesta bakal dilanda waktunya.

Pincang derap kaki terus melangkah, mengah nafas bahang menghela keluar. Reina peluk erat tubuh kurus sendiri. Hanya bertemankan helaian nipis baju suaminya, dia terpaksa gara-gara pakaiannya tidak sempat diangkut sama. Ada baru beli, tapi nyata Aufa tidak keluarkan dari but kereta sejak pulang petang tadi.

Dan-dan dia rebahkan seketika diri pada sisi bangunan, tutup mata rapat sebelum berjuraian lesu. Jujur, jiwanya lelah. Pelbagai persoalan bermain di benak minda, endak jawapan melainkan seksaan raga sudah derai retak ke lantai buana.

Sungguh, apakah silapnya sampaikan insan itu perlu datang dalam lembaran hidupnya? Siapa Aufa sebenarnya untuk perlakukan dia semahunya? Kudrat wanitanya tidak seberapa, lawan juga biarpun ketahui pengakhiran kemenangan tak pernah berpihak pada dia.

"Kenapa..." lirih gumam Reina, menggigil selimuti susuk anggota.

Dia perlu teruskan perjalanan, sesekali dia enggan berpatah semula. Berikan peluang untuk pergi walau beribu batu jaraknya, asalkan tiada sesiapa kenali dia sudah lebih daripada mencukupi.

Tanpa disedari, sebuah kereta tegar mengekori. Cukup disebalik tingkap kaca, dia perhatikan tindak-tanduk Reina sejak awal lagi. Bahkan dia sudah ketahui, rancangan gadis itu untuk ambil kesempatan yang terbuka buatnya larikan diri.

"Kau sengaja uji dia," ujar suara garau temannya di sebelah. Mengerjap perlahan, tampak lemah figura kerdil itu teruskan tujuan. Apakah yang berlaku antara mereka, menyesal pula dia terlibat sama. Fasal ceritera dia benarkan Aufa tumpang rumah sewanya, tak sangka pula gadis itu yang sering Aufa menanti.

"Aku cuma nak tengok seberani mana dia mampu buat. Aku tahu dia keras kepala, walaupun..." Aufa gantungkan ayat, layar fikiran berlayar saujana saat menawan sang gadis. Benar-benar membuatkan dia hilang waras, bahawasanya Reina cukup memenuhi kehendak diri.

Aufa sungging senyum licik. Lirik sekilas rakan sebelah, Qash yang pandu kereta mereka.

"Kau. Memang. Gila." Qash beri kesimpulan, sekadar mengikut rentak gerak-geri seorang wanita melalui lorong-lorong sunyi. Panas punggung jikalau berterusan sebegini, boleh tak Aufa lekas ambil bininya di luar itu?

Ingat selamat sangat ke kadar jenayah kat Malaysia ni? Malam buta, seorang wanita pula itu sememangnya menempah maut sahaja.

"Berapa lama lagi bro? Aku nak rehat pun terpaksa tangguh sebab plan kau ni," keluh Qash. Lelah ceceh sahaja andai menasihati Aufa, berapa kali sudah dipesan tetapi itulah dia juga akan tetap sebegitu. Qash tak mahu Aufa sesal di kemudian hari, sayangnya ia bagai mencurah air ke daun keladi.

Agak-agak siapa dia Hafizi itu, sang teman sejak kanak-kanak Aufa bisa bertahan?

"Kau tunggu sini, biar aku selesaikan semua." Aufa membolos keluar dari kereta, tidak menunggu balasan Qash yang sudah geleng kepala.

Hangat Kasih Mutiara | CWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu