BAB 62

681 32 10
                                    

DERAP kaki kemas mengatur langkah, Aufa hampiri ranjang menempatkan layar asmara mereka

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

DERAP kaki kemas mengatur langkah, Aufa hampiri ranjang menempatkan layar asmara mereka. Tampak sekujur fitur memeluk tubuh erat, bersandar pada kepala katil bergelumang selimut nipis. Ada esakan halus meniti halwa pendengaran, mengalir lesu dari hujung mata merentasi tulang pipi.

"Mutiara Aufa..." Mendayu panggilan, senyuman bergayut di seulas bibir sang jaka. Melabuhkan duduk di birai kasur, menenggelamkan sedikit tilam hingga Reina panggung kepala menatap basah suaminya.

Langsung, tangan Aufa mendarat pada tempurung Reina. Usapan lembut penuh kasih, kalihkan juntaian rambut menutupi sebahagian wajah wanitanya. Tatapan telus pada laman kesayangan, pucat bersama belahan bibir membengkak luka dikerjakan.

Susuk kecil Reina menggeletar maha hebat, mendekap lingkari lebih ketat tubuh sendiri sehingga nafasnya tersekat. Dada dia sendat. Rengkung dia pengap dahsyat. Terbata-bata helaan udara, ulas bibir bergetar tika telapak tangan besar Aufa masih ralit membelai dia.

Rutin harian di mana, Aufa masih setia di sisi. Mengawal setiap gerak-geri, tak terlepas waima sekali. Sentiasa memerhati dan memastikan situasi baik-baik, biarpun hakikat Reina semakin hari kian akur dan patuh menerima arahan diberi.

"Nara..." Membejat usapan, renung dalam-dalam menerobos sepasang mata bundar isteri. Keruh bersulam sayu, salutan merayu biasan sendu.

Diam-diam, Aufa meneliti seraut Reina. Ada selitan ragu-ragu dan curiga membekas di hati, kenangkan betapa Reina berani lakukan perkara sebegitu tempoh hari. Boleh jadi wanita itu punya niat lain. Cuba perdayakan dia kemudian hari. Sementelah kejadian sebelum ini telah terbukti, Reina ambil peluang melarikan diri.

Turuni tangan pelan-pelan menyentuh roman muka isteri, basah lakrimasi setia mengguyur tanpa henti.

"Pergi mandi ya, sayang? Pakai baju yang abang sediakan. Dah siap nanti, tunggu abang dalam ni juga. Jangan nak lari ke tempat lain." Menyeka noda tangisan, lehet sekali. Melihat betapa Reina mengeras kaku terhadap sentuhan diberi, birai sembap tetap galak tumpahkan air mata lagi.

Sekonyong-konyong, Aufa memaut lembut dagu Reina. Tidak menekan mahupun memaksa kehadapan, cukup sekadar paut menarik perhatian. Dan Reina, nanap bersama linangan bening tak sudah. Alunan dada juga berombak kasar, ada timbul segara resah tika mata helang nan hitam menikam tajam padanya.

"Kau dengar ke tak, perempuan?" Dengan itu, Aufa memasakkan tekanan pada pautan. Seraya membenam kuku pada isi kulit isteri, membujur mulut Reina bersama nafas mengah. Terbelalak pandangan dipenuhi genangan jernih di juring mata, bisa perit bersama lautan lara.

"Reina Yahaira..." Meleret suara, sebelah tangan lagi selusup masuk dari celahan selimut. Mengusap kaki dingin isteri hebat gelugut, perlahan-lahan merayap nakal menaik sedikit demi sedikit selusuri lekuk kesayangan.

Reina kaku. Hanya juraian jernih lebat membasahi, tak rela Aufa kian mencerobohi tanpa izin milik sendiri. Namun bagaimana, dia tak punya kudrat menghalang dan membentak Aufa andai tidak mahu terima padah parah dan berbisa.

Hangat Kasih Mutiara | Cजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें