BAB 70

1K 47 13
                                    

Silap hari bulan, cerita ni habis ada juga yang gila nanti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Silap hari bulan, cerita ni habis ada juga yang gila nanti...

CANTIK.

Hanya itu terungkap dalam hati. Panahan mata tidak lepas meneliti setiap pancaindera isteri, kudus renungan meredup wajah dibuai lena.

Sudah tiga puluh minit berlalu, dia pula tidak jemu. Bahkan, hatinya saat ini sarat dengan jeladeri emosi. Menghimpit ketat ruangan dada, Aufa mamah rahang menahan rasa.

Sejak tadi dia duduk bersila dari sisi figura isteri. Bibir dikunci rapat. Iris hitam meruyup sang isteri tepat. Tampak wanita itu sekali-sekala menggumam dan berkerut muka. Kadangkala, selimut teralih turun juga Aufa perbetulkan. Kembali menutup paras bahu Reina, memastikan keselesaan isteri tercinta.

"You're beautiful, Nara."

Spontan, bicara itu meletus keluar. Dalam masa sama, menyempat Aufa labuhkan ciuman sekilas di sisi kepala Reina.

Perlahan, Aufa betulkan posisi. Bersimpuh pula pada birai toto, gerakan hati-hati agar Reina tidak menyedari. Lenguh kaki. Mahu selesakan diri.

Dalam diam, Aufa sembunyi senyum. Jari telunjuk bermain di sekitar wilayah wajah Reina, mengelus lembut dan perlahan. Melukis dari alis nipis, beralih turun pucuk hidung sebelum berhenti tepat pada belahan bibir menjadi candu kegemaran dia.

"Kau cantik sangat, Nara."

Menekan lembut bibir Reina dengan jarinya, dikoyak secalit senyum. Nanar. Ketara. Air muka berlumur keruh, risau tindakan dia mengundang kebencian Reina buatnya.

Entahlah. Saat ini, dia takut. Dia takut andai bibir ini bakal letuskan sesuatu mengungkit silapnya. Merobek jiwa sedia ampuh, hati yang sudah lama tewas dengan isterinya sendiri.

Reina itu, terlampau sempurna untuk digandingkan manusia durjana sepertinya.

Ya, sedar khilaf diri tak mungkin Reina lupa semudah petik jari. Hatta, Aufa masih terngiang-ngiang bicara Reina umpama kaset rosak dalam kepala.

Dia juga pendosa. Dia pembunuh. Pembunuh jiwa dan hati buat Reina Yahaira.

"Aku..."

Aufa geleng. Sembari Aufa larikan jari mengelus wilayah bibir isterinya.

"Abang tak tahu, Nara..." Bergetaran nada, berenuak hentaman tatkala dengungan kata Reina bermain dalam layar minda. Kata-kata yang dilemparkan rakan-rakannya, lepaskan Reina sekiranya dia tak mampu menjaga dan lindungi wanita ini sebaiknya.

Langsung, Aufa geleng lagi. Dia tak mahu lepaskan Reina. Dan sampai bila-bila pun, dia tekad dengan keputusan satu itu.

"Abang tak akan lepaskan Nara. Dan sampai bila-bila pun, Nara tetap hak abang sorang."

Surih gelombang tawa, perih dan sumbang bunyinya. Sebu pekung dada, birai matanya basah. Jari tadi dikalihkan ke sisi tubuh kembali, sebelah tangan menyentuh dada terasa sendat menghimpit helaan nafas sedari tadi.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now