BAB 15

817 29 5
                                    

⚠️warning red flag everywhere

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚠️warning red flag everywhere

SETITIK demi setitik, butir merah penuhi kornea mata. Kosong tatap tiada rasa, celaru dalam dimensi kelam dengan bisikan lela. Berdentum-dentum dengan arahan teruskan niatnya, berembun mata akibat putus asa usir semua. Biarkan ia rasuki pelosok rapuhnya, surih senyum nipis tanpa sedar.

Bilah gunting dilihat sekilas, nihil menatap sinarnya lihai. Pegang erat, nekad saat bisikan itu kembali lagi. Bergelugut membungkus jasad, cuba waraskan diri apabila hentaman memenuhi isi kepala semakin hebat. Angkat tinggi, lelah untuk teruskan setiap langkah membawa dia ke lembah derita tanpa henti.

"Reina Yahaira!"

Sekonyong-konyong, jeritan Aufa nyaring menyeru. Hentikan tindakan Reina serta-merta, remang bulu roma. Habis jatuh berdenting peralatan tadi, benar-benar kembalikan akal warasnya. Pantas Reina tampu badan, tahan pada singki sesungguh hati.

Bongkok sengsai posisi batang tubuh, telapak tangan menekap perut seutuhnya. Serasa kebas hadir berdaya semula, setiap tulang-belulang ngilu dicumbui kejerihan nyata. Sebelah lagi cengkam kuat birai singki, tampung nyeri ari-ari berdenyut paling hebat sehingga menggeletar kakinya.

Mahu lumpuk terjelepuk kerana tiada tenaga, lawan kokol hebat kerana mual. Meligih dahsyat setiap kali keluarkan isi, serasa mahu terburai pedih perutnya. Perit tekak bilamana memaksa gelodak memulas dalam badan dia, hanya air semata-mata.

Loya.

Berkaca-kaca juring mata bendung nestapa, angkat wajah pada pantulan kaca. Sembap lingkaran birai, jelas berbiram sekitar epidermis membias segalanya. Tampak juga setiap belau yang wujud hiasi, kekal dan tetap menghuni.

Memerah kornea mata, pucat laman muka. Bergetar ulas bibir merekah luka, mengalir lesu linangan jernih sebelum Reina kembali tunduk.

"Tak..." Katup mata rapat-rapat, biarkan lekuk pipi dibasahi tanpa henti. Perlahan melorot jatuh, menggigil seluruh pelosok tubuh dek ngilu. Bagai dicucuk beribu jarum segenap inci, kepingan hati lama retak disakiti lagi dan lagi.

Lekas-lekas bawa tapak tangan menekup mulut, bendung raungan dan kejerihan membadai jiwa. Tidak mahu meletus kedengaran sang suami, cukuplah untuk segala memori ngeri. Andai sekali diberi peluang, benarkah orang akan mempercayai?

"Reina Yahaira!"

Bergema ruangan, daun pintu diketuk bertalu-talu. Reina pandang sendu, debaran jantung kian memalu. Jujur, dia takut untuk berhadapan lagi saat ini. Belum bersedia setelah kehancuran kali ini benar-benar menyesakkan dada, membuatkan Reina rasa tak berdaya.

"Nara, kau buat apa? Jawab sekarang Nara!" Naik seoktaf nada Aufa, bagai berada di puncak emosi. Seakan nyaris roboh dikerjakan, Aufa meluru masuk bilamana berjaya rosakkan kunci pintu. Juju hampiri Reina sekadar sepi, memeluk lutut dengan linangan jernih.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now