BAB 52

600 28 19
                                    

⚠️ manipulate, drugs, abuse

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

⚠️ manipulate, drugs, abuse

KHALI. Suasana sepi. Berbaring mengiring, diselimuti hingga ke paras leher menutupi setiap kesan ulahan suami. Helaian rambut menutup sebahagian muka, bergetaran segenap inci tubuh dicumbui nestapa.

Suram suasana kamar, diterangi lampu tidur semata-mata. Tambahan hidup sedia gelita, Reina sudah tidak temui mana sinar pelita mampu suluhi kegelapan hurungi lembaran dilaluinya.

Letih, dia paksa terus gigih dan gagah.

Lelah, nafasnya berburu mengah tekal melangkah.

Musnah, namun tubuh ini masih utuh bersatu meskipun dalaman punah.

Retak, tulang-belulang remai merana tetapi jantung tetap berdetak mainkan rentak.

Rapuh, sudah berkali-kali dia jatuh dan ampuh.

Lebur, akhirnya kembali bangkit berdiri dan teguh umpama tidak pernah runtuh.

Hening. Hanya desiran kipas berpuput menyapa halwa telinga. Kendatipun sukma meronta dendangkan alunan duka, berpecah-belah terseksa mahu keluar sahaja. Bibir pecah dikemam perlahan, cuba menahan esakan. Sendat mengetat rengkung dada, jerih bila tiap-tiap kali cuba lakukan gerakan waima sekecil cuma.

"Allah..." rintih perlahan, seiring rayapan sebak berenuak sekitar jiwa.

Juring mata berburam, basah. Air mata meluruh lalui tulang pipi, tangisi nasib sendiri. Dia terlalu penat. Dia hanya inginkan rehat. Yang sebolehnya, hentikan badai derita dialami dan usungan takdir lara sering kunjungi.

Bilamana perjuangan yang cuba lindungi diri, diakhiri kalahnya dia dalam tawanan suami.

Dan entah mengapa, selebu ujian mendatang membuatkan dia semakin tenggelam. Hanyut dibadai arus samudera, lemas terkapai-kapai kehilangan udara. Untuk manusia seperti dia, semakin hilang dalam dimensi gelita. Sirna diserkup kegelapan, tiada siapa sedari dan sudi hulurkan bantuan.

Sejenak, Reina memasang telinga pada sayup-sayup bicara dua beranak. Bersilih ganti suara kecil dan garau itu menuturkan diksi, perihal tentang sekujur empunya terbaring lesu tak bermaya.

Bukan dia tak mahu bangkit, namun seluruh inci tubuhnya ngilu dan sakit. Sekalipun dia cuba, Aufa telah memasung segenap sendi anggotanya. Kain selimut juga menyelubungi tutup penjuru tubuh hingga paras leher, sorokkan segala kesan Aufa ukirkan sebagai hadiah buat kesayangan. Hatta untuk bersuara tika ini, dia tidak mampu. Gara-gara jeritan tiada henti tatkala Aufa rakus meneroka dia, tandus tekak dek rayuan dan tangisan pinta agar Aufa tak berterusan sakitinya.

"Mama chick?" Polos suara halus itu bertanya. Reina yang mendengar sekadar surih senyum, getir dan hambar bilamana kerinduan buat sang anak begitu menggebu.

Seharian ini, Aufa memaksa dirinya untuk layan kemahuan lelakinya. Sampaikan dia tak mampu berdiri sendiri, menggigil sebatang kaki tika dia cuba orak langkahnya ini. Terpaksa berpaut mana-mana, kerana sejujurnya dia tidak berdaya.

Hangat Kasih Mutiara | Cحيث تعيش القصص. اكتشف الآن