BAB 59

642 28 6
                                    

⚠️red flags

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚠️red flags

KATA manusia, sabar. Tapi menurut kata Dia, disetiap kesulitan akan hadir sesuatu yang diselitkan sama. Masakan kebahagiaan tak dijangka, semendang sampai kini pun tekal tiada beza. Mungkin kesenangan dia perolehi, meskipun cukup-cukup ruangan buat dua insan menghuni.

Kelam. Pandangan langit dari biasan kaca gelita, malam tanpa sinar purnama dan kejora. Suasana sepi tanpa bingit manusia, lain masih diulit lena. Dan dia di sisi katil, membentangkan kain sejadah dan bersimpuh merenung luar.

"Kenapa..." Serak sebait kata meluncur keluar, berbahang birai matanya tak semena-mena.

Senandung detik jam menerjah pendengaran. Tirai bertiup lembut perlahan kedengaran. Dengkuran penghuni sebelah turut menujah koklea. Reina helakan nafas berat, merekah belahan bibir ketandusan air secukupnya.

Merunduk bawah. Benak minda berantakan pelbagai perkara. Layar fikiran jauh mengulang tayang pita rakaman yang ada, tragedi dan detik lalu yang melakar kanvas hidupnya.

Dan sejujurnya, dia tak mampu. Menyendat dicengkam renyuhan melapah dalaman dia, adrenalina pembuluh darah laju mengepam seluruh tubuhnya. Reina menekur tikar sejadah, genangan berkolam penuhi birai mata. Tubir memberat tampung melankolik jiwa, sesak pekung dipalu hentakan tiada hentinya. Merenyuh kain telekung dalam getaran, kertap bawah bibir bendung esakan.

"Semua salah aku..." Lirih bersulam tangisan, meligih seulas bibir dengan luruhan jernih basahi tulang pipinya.

Dia tak pernah minta semua ini terjadi.

Dia tak pernah pinta lebih daripada ini.

Dia tak pernah walau sekali, pohon timbunan ujian membebani.

"Salah aku sebab hidup dalam dunia ni, ya Tuhan..."

Menengadah kepala, mengalir laju jejeran buliran basahi lekuk pipi. Merem bersama perut memulas maha hebat, renyuhan tengkam detak jantung terasa ngilu tak terkata. Belahan bibir separa terbuka, terbata-bata mengah helaan udara.

Keluhan dia selama ini, sekadar bersandarkan betapa lelah masa lalu menghimpit kembali. Tak pernah terjangkau dalam benak ini, bagaimana harus meladeni esok hari. Nyata, rencana menguji bertemu semula sang suami. Lelaki yang menghambat dunia kecil sedia sempit buat diri, terkurung dalam penjara durja menanggung derita tanpa henti.

"Salah aku jadi punca derita ibu..." Menengkam paha sendiri berbalut telekung, lawan bisa menghentam pekung dada.

Seraut kepingan memori bercantum kembali, setiap satu penuhi kemas dalam memori. Ibu bermain di latar minda, tentang dimana hidup seusia kecil kenali dunia. Tangisan, jeritan dan hinaan lemparkan seumpama makanan harian. Jerkahan, cercaan dan pukulan jadi peneman. Libasan dan tamparan sudah biasa sebagai pulangan, disekat kebebasan dan lakukan urusan rumah tanpa bantahan.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now