BAB 3

1.3K 64 31
                                    

REINA diam membisu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

REINA diam membisu. Merunduk tekur ke bawah, mendengarkan setiap bait-bait aksara dijatuhkan oleh pihak atasan sana. Kuat menujah gegendang telinga, dia hanya mampu berserah dan terima kenyataan yang disebut itu.

Apakah yang boleh dilakukan selain mengakui?

Ya, dia adalah pesalah dan tidak sesekali dia menafi.

Kerana semua punca berlaku sememangnya terletak di bahu kendur sedia rebeh.

Entah apa rasa tika ini, sepasang anak matanya tidak lepas menghala ibu yang sedari tadi turut memandang dia. Seakan mencurah air ke daun keladi, Reina seperti manikin membalas dan angguk pada perbicaraan tuan hakim.

Sebaik selesai, kandang pesalah menempatkan dia sudah mencapai kata putus. Hukuman dijatuhkan, disabit kes jenayah seawal usia tujuh belas tahun. Kata mereka, untung kerana masih di bawah Akta Kanak-kanak Juvana.

Lawak apakah mereka cuba hidupkan?

Membobrok kepingan hati, lasat seluruh fitur tatkala dia ditarik pergi. Pergelangan tangan digari rapi, dua insan mengawal kanan kiri. Serasa kerdil dan lemahnya tiada tara lagi, bisikan-bisikan nista dan lemparan pandangan begitu memusnahkan keyakinan yang sememangnya tiada.

Redah. Anak mata melilau cari susuk ibu. Hanya itu, diabaikan segala manusia yang begitu hina menancap kepadanya. Jauh nun di sana, kelihatan ibu berpusu-pusu mahu keluar dari kawasan perbicaraan.

"Ibu!" jeritan Reina bergema. Cukup menggamit beberapa perhatian orang, rautnya malu tanggung beban tetapi benarkan dia lihat ibu dan katakan sesuatu. Dia tahu bahawa kehidupannya bakal berubah serta-merta dari sebelum ini, maka izinkan walau seketika.

"Ibu!" Kali ini lebih kuat, berjaya membejat langkah ibu. Kaku, susuk ibu dari kejauhan kian beralih ke tepi memberi laluan kepada yang lain. Agak terlindung daripada mata Reina, segera dia menoleh kanan kiri mencantumkan kedua-dua tangan umpama merayu.

"Saya nak jumpa ibu saya," rintuh Reina sungguh-sungguh. Juring matanya berkaca-kaca, cuba pinta sekelumit belas simpati. Bergemulugut memamah setiap inci tubuh, namun digagahkan juga setelah lengan bahu halusnya dicengkeram mengheret pada keberadaan ibu kini.

Sakit. Berkerunyut jindat luas apabila perlakuan petugas itu kasar semata-mata.

"Ibu..."

Bengis. Memaparkan seraut kebencian, dia benar-benar berhadapan ibu diapit pengawal yang serius.

Mengah. Berombak dada bersama keringat menguncur, tidak mampu menelan persepsi sekeliling seakan tunding dan menilai dirinya. Tetapi mengapa rengsanya lebih berbisa, saat pandangan ibu begitu jijik dan jelek.

"Ibu, Nara minta maaf."

Renungan ibu membunuh, terselit amarah dan percikan menembus dia. Umpama pemangsa, tajam bagaikan helang cukup menimbulkan getaran dalam jiwa. Bilamana ibu hampiri tepat berhadapan dia, memulas hebat perut Reina bersama sebu menganyam pekung dada.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now