BAB 71

807 45 11
                                    

LAMA

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

LAMA. Tatapan tunak menerobos figura halus wanita kesayangan, tak berkalih waima sedikit. Panahan redup melihat setiap gerak-geri Reina, hanya bebola mata ikut sama menari pergerakan isteri.

Lautan minda hanya dipenuhi Reina Yahaira. Menyeru dalam sanubari tiap-tiap kali seraut putih itu menjamah fikiran, sejak azali dan dia senantiasa menafikan dek keegoan.

Saat sudah berada hadapan matanya kini, dia tetap tak mampu lesapkan bayangan sang isteri.

Bibit kecil teruja melihat wajah yang dikasihi, mahu lepaskan segala emosi bertakhta di hati.

Entah bagaimana dia mahu tatluki dan tawan kembali, tatkala jiwa murni itu dia robek rakus dan parah tiada simpati. Betapa tegar dahulu dia menyakiti, tekad menghancurkan sekalipun titisan jernih itu jatuh bercucuran membasahi.

Sejurus itu apa? Menjadi gila tika sudah memahami perasaan yang telah lama bermukim di nurani, lantas angau menagih kasih dan keampunan isteri sendiri?

Spontan, tepi bibir menyungging senyum sinis. Lebih kepada cela dan ejek dirinya. Sumpahkan nista dan dangkal diri terlampau angkuh menghukumi, sekarang penyesalan dipikul terlalu hebat menghempap bahu tegap yang kian kendur dan jatuh dimamah dosa terhadap sang isteri.

Aufa geleng kepala. Mengusir segala hentaman negatif menjelma akal warasnya. Dia mahu tumpukan pada Reina. Iris zulmat meruyup redup, melihat kelopak mata cantik itu menyentuh birai lembut.

Kedua-dua tangan dibawa menompang dagu. Merehat tenang bersama renungan kuyu. Sesekali, celahan bibir meniti siulan kecil. Saja mengisi keheningan antara mereka. Lagi pula, Reina pilih untuk mengunci mulut sejak kejadian tiga hari lalu.

Bukan tiga jam tau. Tapi, tiga hari. Gamaknya kalau dia biarkan sahaja, Reina berterusan membisukan diri. Anggap Aufa umpama makhluk ghaib tidak jumud langsung, membenam ke samudera dalam tak timbul ke permukaan. Abaikan kehadiran begitu nyata, Reina betul-betul perkotakan kata bayang-bayang dia pun tak sudi dilihat sepasang matanya.

Memang perempuan merajuk macam ni ke? Faktor kandungan pun salah satu juga, semacam betul sampai dia juga keliru. Minta dipeluk dalam mamai dan racauan, kadangkala ada juga sayu tangisan seakan dihantui mimpi ngeri yang menakutkan.

Dan Aufa, ambil kesempatan dalam kesempitan. Mendakap erat sekujur tubuh kesayangan, pujuk lembut dan tidak berputus asa. Peluang yang ada dia rebut sebaiknya, biarpun esok harinya Reina kembali memulaukan dia. Aufa pula sengaja halang laluan Reina tiap kali pertembungan mereka. Reina pula pandai mengelak, sanggup berpatah semula dari tujuan asal tiap kali fitur suami menjadi tugu di tengah jalan.

Berlanjutan sepi antara mereka. Langsung tiada suara terletus dari celahan bibir Reina, apatah lagi mahu sapa dan tegur Aufa jelas menghalang perjalanan dia.

Dan kini, suasana di meja makan begitu khali. Diam tanpa sebarang bicara. Hanya sesekali detingan sudu berlaga sama bekas lauk yang disediakan. Tambahan pula, ini masuk kali kedua Reina menambah makanan.

Hangat Kasih Mutiara | CHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin