BAB 76

922 42 5
                                    

Hi, rindu tak? Kita dah habis paper sem 1 dengan koyak rabaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hi, rindu tak? Kita dah habis paper sem 1 dengan koyak rabaknya. Apapun, happy reading! ❤️
notes: herra - beautiful woman , heera - diamond

GUGUR. Air matanya menitis jatuh.

Perit sebu dada. Berentang bagai dihentam keras dengan sesuatu. Segera tekup mulut dengan helaian tisu, bercempera kokol bertalu-talu. Pejam mata membendung seksa, bisa nestapa kuat caram segenap pembuluh darah. Gemelugut maha hebat, bahang helaan nafas kempas-kempis Reina.

Angkat muka. Reina bersihkan sekitar wilayah mulutnya dengan tisu. Digumpal tisu dalam getaran, selusup tusukan tajam menjalar segenap anggota. Raut muka lesi tak bermaya. Belahan bibir Reina juga meligih pucat tak berwarna.

Berburu nafas menghela lemah. Berdenyut cengkeram kepala menahan rasa. Renik keringat memenuhi pelipis jemala. Tangan sebelah menekap perut dijajah senak, cuba mengumpul kekuatan bersama lakaran senyum terus menghiasi bibirnya.

"Mama lupa makan ubat pula. Maaf ya, sayang mama?" bisik Reina, perlahan. Cuba membujuk dan tenangkan resah jiwa, semakin lama semakin merosot kesihatan dirinya.

Reina rebahkan balik belikat ke kusyen sofa. Letih. Pekung dada berombak kencang, kuyu mata berbalam-balam. Sakitnya mencucuk segenap arah, terutama bawah sana bagai dicarik-carik tak sudah.

"Lambat pula papa awak ni. Mama dah teringin sangat nak merasa."

Ketawa. Nanar. Reina merem bersama deruan lelah. Seluruh tubuh dia didekap sengal dan letih tak terkata. Benar-benar tidak berdaya. Yang sejujurnya, sudah diserkup gigilan menggila bersama lebat kerpasan memamah buana.

Yang jujurnya, keinginan dia menggebu. Kali terakhir menjamah isi daging burger saat Aufa pelawa. Yang di mana, bayaran harus dia beri terlampau tinggi. Sampai satu ketika, ada sesal kerana patuhi permintaan sang suami. Gara-gara kerana mahu merasa sesuatu yang bukan miliknya, Reina serik dan belajar bahawa tiada yang percuma.

Melemah naik turun rengkung dada, rayapan tangan mencapai telefon diletakkan di sisi tadi. Dalam payah, Reina hidupkan skrin telefon. Menyala paparkan notifikasi curhat Aufa beri sejak tadi, tidak membuka melainkan tatap lama dari kunci skrin sahaja.

-Maaf ya, mutiara Aufa. Abang balik lambat sikit tau, sayang. Nanti abang bayar dengan kasih sayang okey?

Kerdip sekali. Baca sebaris demi sebaris ayat Aufa hantar melalui curhat. Membuatkan pinggir bibir Reina menggeleweh sedikit. Sudah diagak apa Aufa mahu beri, sementelah tadi telah ada tanda-tanda nakal suami mahukan dia.

Tak semena, Reina hembuskan keluhan berat. Bagaimana mahu tolak permintaan ini? Dia sakit bila Aufa pinta. Cuma, Reina tidak berani menolak setelah pandangan suaminya dikaburi keinginan menggunung tinggi. Melembut tak seperti biasa, kuyu yang ada sinaran kasmaran cinta dia dahaga.

Bodoh. Dia tersungkur. Menginginkan dalam gementaran. Melunaskan tatkala hakikat dia kesakitan, Aufa pula membujuk elusan demi elusan penuh kelembutan.

Kalah. Gugur. Ampuh.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now