EPILOG I

1K 38 3
                                    

PINTU ditutup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU ditutup. Rapat. Aufa pulas dan kunci. Pusing tubuh. Belikat disandarkan pada daun pintu. Lelah. Sekujur jasadnya benar-benar tak berdaya. Lemah.

Menghela keluhan. Panjang hembusan. Langut muka. Kamar suram tanpa sebarang cahaya. Umpama biasan iris miliknya. Zulmat dan gelap semata. Hanya samar-samar pandangan dia. Kelam dan gelita.

Berdiri semula. Rasa ringan tubuhnya saat ini. Langkah kaki diangkat payah. Melonglai lemah. Pincang gerakan menjuju kasur hujung sana. Riak masih cuba dikekalkan keras. Beku tanpa sebarang emosi. Biarpun pekung dipalu gelodak pilu dan sebu untuk ditangisi.

Lambat. Detikan waktu berlalu terasa begitu lama. Merebah fitur terus ke katil. Terbenam wajah pada tilam kasur. Sembari tangan menggagau poket seluar. Telefon dikeluarkan.

Kepala dianggul sedikit. Sorotan mata menatap paparan skrin. Beberapa notifikasi curhat dan panggilan memenuhi. Entah mengapa, saat ini dia tak punya kekuatan. Tiada daya mahu balas segala mesej yang diterima.

-Abang okey? Nak saya teman tak?

-Kalau ada apa-apa, beritahu aku.

-Tuan nak saya bantu apa-apa?

Aufa membalikkan tubuh. Telentang bersama telefon dicampak ke sisi. Lengan ditekup menghalangi pandangan mata sendiri. Fikiran bergentayangan menerawang kejadian tempoh hari.

Seminggu lepas, Reina pergi. Di hadapan mata sendiri, dia jadi saksi hembusan nafas terakhir sang isteri. Helaan lemah menutur kalimah syahadah. Bisikan lemah mengata dingin dan rindu padanya. Renungan kuyu telus membalas pandangan penuh cinta. Senyuman halus tak sampai ke mata.

Tapi apa dia mampu buat? Sekadar melihat. Tiada daya dan upaya dilakukan. Bahkan, Aufa lebih daripada tahu. Harapan Reina begitu tipis. Mana mungkin lepasi, andai bukan wanita itu sendiri berjuang setiap hari.

Aufa sedari. Reina terlalu lelah meneruskan langkah. Rela jikalau tidak lagi bertarung hadapi ranjau duri kehidupan. Terlampau letih melewati haluan tak pernah bawa bahagia. Parut yang terlalu banyak. Serasa kerana itu jugalah, destinasi perhentian menjadi pilihan.

Berhenti dari terus berjuang. Berhenti dari terus berkorban. Sebuah perjuangan memerlukan pengorbanan. Dan Reina pilih, melepaskan.

Mengenang semula. Aufa rasa sesak. Perit dan pedih. Sakit itu masih ada. Sebu dada dihimpit rasa. Rindu dan kesal berlumba mencengkam diri. Emosi berkecamuk dibadai lautan menghentam dinding hati.

"Reina Yahaira..." Melirih suaranya. Bayangan memori Reina berlegar-legar dalam minda.

Betapa saat ini, Aufa mendamba Reina. Hati merindu sang mutiara. Tatkala sudah menjauh tak tergapai tangan, semesta menolak dia tidak membenarkan.

Itu hakikat. Dia dan Reina sudah berbeza alam. Jujur, dia terluka. Luka yang berdarah kembali. Ditoreh hingga merah basah menangisi. Betapa jiwa ini merana. Betapa hati tak mampu dia dusta. Air mata mengalir laju. Tak segan-silu. Tumpah rentasi pipi. Dia tewas dalam ujian diberi.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now