BAB 39

826 31 14
                                    

⚠️ saya tak romanticizingkan toxic relationship ya, tapi kita kena faham situasi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚠️ saya tak romanticizingkan toxic relationship ya, tapi kita kena faham situasi. Nara tersepit dua keadaan, antara kasih sayang dan trauma dia. Yang mamat tu, entahlah, aku pun tak tahu.

SEPI. Hening suasana. Bibir masing-masing terkunci rapat. Reina jatuhkan pandangan pada suaminya, ralit menuam ais pada pergelangan kaki yang merah membengkak.

Silap dia, cuai dan tidak seimbangkan tubuh sendiri. Salahnya, terlalu memikirkan lemparan kata nista manusia kepadanya. Dia rasa sudah terbiasa menerima. Lontaran aksara menusuk bagai dia tiada hati perasaan, namun tak sangka masih memberi tamparan hebat bilamana harga dirinya direndahkan sentiasa jadi topik perbualan utama.

Nafas dikeluh panjang. Lelah dan memberat. Sesekali, bibir Reina berdesis perit. Bunga kerutan timbul di permukaan dahi. Aufa menengadah, tatap serba-salah. Kertap bawah bibir, sambung semula merawat isterinya.

"Saya belum mati lagi, tuan." Janggal, dia mulakan kata. Tak betah berada di suatu ruangan bersama lelaki ini. Umpama melapah duri parutan lama, membuka semula lipatan kisah yang begitu payah dia timbus pada ceruk paling bawah.

Aufa angkat kepala. Anak mata zulmat menembusi seraut wanitanya. Jelas kelelahan tidak berdaya, suram bersama kilauan sendu pada air muka.

"Kaki saya aje tuan yang sakit. Bukan satu badan. Tuan tak perlu risau lebih-lebih, serupa saya dah tahap nazak teruk sangat kat sini." Reina carik secalit senyum. Tawar tiada perisa.

Memang hanya kaki, secara zahir terlihat perih. Namun hati dia jauh lebih terseksa, tiada ubatan mampu membalut lukanya. Dan Aufa, mengapa beria mahu rawat kaki dia yang tak seberapa pula? Sebelum ini, bukan pernah ambil tahu pun.

"Nara nampak penat sangat. Jadi, tak salah kan abang tolong?" Aufa kerdip sekali, selusup netra membundar pilu.

Salah! Mahu sahaja Reina jerit sekarang juga, namun dia terlalu letih. Tiada kudrat ingin melawan kata Aufa, sekarang ini perca semangatnya pun selamat lenyap dimamah buana.

Sendat rengkung Reina merenggut nafas. Birai kelopak bahang berkaca-kaca. Menggigil halus batang tubuh menahan sebak dan amarah. Tidak tahu mana satu yang lebih mengambil arah. Mungkin, lebih kepada berang dengan dirinya.

Terlalu mudah beri Aufa peluang sentuh dia sana sini.

Terlalu mudah benarkan insan yang pernah menyakiti, cuba mengubati.

Apa dia sudah bodoh gamaknya? Mengapa hati kecil ini seringkali berdegil, melebur saat kasih yang dicurahkan meskipun secoet cuma? Memang dia dambakan teduhan, namun bukan Aufa sebagai tempat berpaut kembali. Memang dia mahukan belaian, tetapi bersama lelaki yang sama telah jatuhkan dia di titik terendah adalah kerja paling gila.

"Nara terseliuh ni. Abang ubatkan kejap ya?" pinta izin lembut, Aufa tarik bantal yang ada. Meletakkan kaki itu lebih tinggi beralaskan bantal, sementara dia bangun mendekati lemari. Mengambil kotak peti kecemasan, hampiri semula isterinya.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now