BAB 27

658 34 8
                                    

⚠️foul words, kissing sceneAku sendiri pun bertisu, cerita apa aku buat ni? Menzalimi hati sendiri  ;)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚠️foul words, kissing scene
Aku sendiri pun bertisu, cerita apa aku buat ni? Menzalimi hati sendiri  ;)

PERNAH dengar tentang jodoh itu cerminan diri? Kiranya terima Aufa sebagai suami, boleh jadi hakikat memang sebegitu sekali biasan diri. Mungkin benar Aufa kejam, kerana dia juga tiada bezanya. Meragut nyawa manusia, dan Aufa pula mencarik sisa miliknya yang ada.

Jikalau tangan ini cecair merah punca lenyap harsa Aufa, maka Aufa balas pula ragut mahkota yang dia ada.

Alasan sang gadis kerana tidak sengaja, dan sang jaka pula memaksa cara paling hina.

Mungkin dia dek amarah merajai dada, tetapi suaminya demi lunaskan kemahuan dan kesumat lama.

Hendak persalahkan sepenuhnya pada Aufa, dia sendiri ciptakan ceritera menjerat duka.

Jadinya, ada hak ke buat Reina Yahaira ini? Untuk senantiasa menangis atas lumuran noda dia hasilkan, tampak seperti dungu sedangkan tangan dia wujudkan ledakan. Retak kelam peneman sepi, ranap jiwa hampir mati. Suram tangisan gelora hiba, relung pilu renyuh nanar.

Sontak, dentingan geseran gelas kaca menyentak Reina. Nanap bersama bahu terhinggut sesaat, jiwa kecil terusik hingga terasa hampang nafasnya. Membahang tubir mata, dibendung sebaiknya agar tidak pecah. Tangan meligih cengkam hujung baju di bawah, geligi belahan bibir atas esakan dia tidak terkeluar.

"Reina Yahaira." Mendatar, namun cukup membuatkan Reina terus angkat wajah. Sedetik, dia runduk semula. Perutnya bagai memulas hebat, menahan gelodak aneh hanya dengan pandang raut suaminya. Pejam mata seketika, usir bayangan ngeri membalut minda. Paksa renggut dan hembus cempera nafas seperti sediakala, gugur titisan permata mengena pakaiannya.

Aufa diam memerhati. Sabar menanti, setiap tingkah laku Reina tidak lepas daripada penglihatan dia. Tampak payah tanggung derita, walaupun terdetik buih aneh kerana atas asbab apa pula. Dia baru saja panggil nama, itupun biasa sahaja nadanya.

Lambat-lambat, Reina panggung kepala. Bersedia menghadap Aufa dalam getaran halus menimpa dia, harus dilawan biar tak berapa ketara. Kerdip sekali, layar pandangan menjamah hidangan depan mata. Dengan ruangan mewah restoran besar, luas sehingga terasa begitu kecil dirinya. Entah kenapa Aufa bawa ke sini, dia tak pernah ketahui.

"Habis dah termenung?" Melahap air muka terkebil-kebil Reina. Isterinya angguk sahaja, biarpun dia rasa Reina tak beri tumpuan sepenuhnya.

"Kau dengar ke tak sebenarnya, Nara?" Sedikit keras suara, berjaya hentikan lamunan Reina. Muara muka Reina berubah keruh, hampir sahaja cecair bening berkumpul hampir meluruh.

"De... dengar..." Kerjap sekali, basah selusuri wajah. Paksa ukir senyuman mesra, biarpun kelat itu begitu terasa.

Tatap raut jaka yang ada kesan bengkak kian surutnya, dia pula masih menebal rasa dan terkapai lemas dengan kejadian bersama Aufa. Tidak mampu tidur lena, sering terjaga bersama rentak tak sehaluan membadai dada.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now