BAB 29

651 37 9
                                    

⚠️abuse, foul words

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

⚠️abuse, foul words

DIA masih bernafas. Satu kenyataan perit untuk diterima, ajalnya belum lagi tiba.

Renggut udara atmosfera ke paru-paru. Seperti sediakala, tiada perubahan pada dasarnya. Mungkin, tapi itu kata hati dan akal warasnya. Sedangkan minda menerawang jauh adegan-adegan kelam tak sepatutnya, jelas bergelumang dalam isi fikiran dia.

Rayuan dan rengekan mahukan Aufa itu, hadir dari celahan bibirnya sendiri. Meskipun luar kesedaran sekalipun, tetap dia yang letuskan. Sekadar memikirkan, berjaya membobrok kepingan atma dan berantakan.

Mahu menidakkan bukan dia, namun tubuh badan mengatakan sebaliknya.

Kerdip mata sekali, memastikan keberadaan kini. Ingin buka mulut, terasa bengkak dan pedih menjalar. Makanya, dia tutup kembali. Hendak bangkit, bisa dan remai setiap sendi. Dan apa yang telah dia lakukan sekarang hanyalah terbaring kaku.

Statik bersama cecair bening berdansa di tubir mata. Siling nihil asmaradatna terlihat juga semakin kabur, hirap diserkup empangan. Tidak tahu apa harus dia perlu lakukan, mengkal kenangkan kesilapan tutur bicara penghargaan.

Andai sahaja endak bicarakan isi hati, bekali sang laki tak akan bertindak sejauh ini. Betapa dia yang beria gali senyiru kebaikan suami, tapi balasan diberi bagai mimpi ngeri menghantui. Sudah berlipat kali ganda dangkalnya dia, perih melarat seksa tanggung bahana durjana.

"Dah bangun?" Garau suara menyapa halwa telinga, Reina pejamkan mata.

Derap kaki mengorak langkah hampiri, semakin dekat dan jelas menerjah koklea. Reina paksa diri untuk pura-pura dini, belum bersedia hadapi sang suami.

Aufa herotkan bibir, menyinis lihat lakonan Reina. Ingat dia buta tak nampak perempuan tu sudah selamat sedar, namun masih pegun sengaja tidak bangkit dari baringnya. Mahu kalau dia kejutkan, lain ceritanya.

Aufa berdiri di sisi katil, jatuhkan bebola mata pada seraut yang konon terlena. Pelan-pelan rendahkan postur tubuh, tangan menekap lutut sendiri. Tatap dengan jarak lebih dekat muara wajah itu, ada kesan air mata kian mengering dan berbiram sana sini.

"Berapa lama lagi kau terbaring gitu, Nara?" bisik memberat, helakan keluhan sarat. Tidak lepas renungan tajamnya, Reina masih tutup kelopak mata. Sengaja buat-buat tuli gamaknya. Memang nak kena perempuan sorang ni, suka sangat cabar kesabaran dia.

"Tak nak bangun ya, sayang..." Meleret nada dengan senyuman nakal, telapak tangan mulai mendarat pada seraut ceduk isterinya. Belai mesra pipi dingin nan melekit itu, penuh kasih dan lembutnya. Mahu uji sejauh mana Reina meneruskan lakonan istirahat maha lenanya, biar tersingkap sendiri sebelum dia yang menentukan pengajaran sesuai buatnya.

"Mutiara Aufa ni kan..." Menjeda, perlahan meliar tangan sebak helaian rambut Reina. Diselitkan ke celahan telinga, penuh hati-hati. Menjeleweh pinggir bibir, sontak terus tangan besarnya merentap rambut Reina agar bangun sekuat tenaga.

Hangat Kasih Mutiara | CDonde viven las historias. Descúbrelo ahora