BAB 16

700 35 3
                                    

RUNDUK bawah tanpa suara, pegun duduk di birai kasurnya. Aufa bongkokkan postur tubuh, lirik raut Reina menitikkan butir permata ke pakaian sendiri. Basah renik titisan, renyuh cadar katil tahan tangisan.

Sebak helaian rambut Reina menutupi dahi, jatuhkan taupan hangat lama. Diam tak berkutik sang isteri, Aufa liarkan tangan sekitar roman muka kesayangan. Langut dagu Reina agar mendongak, raut sembap jadi santapan mata. Cecair bening memenuhi birai mata Reina, terbias sinar gerun kasatmata oleh Aufa.

"Terima kasih," ujarnya sembari lukis ulas bibir isteri. Gemar bilamana cecair hangat dia ukir, elok merayap rata sekitar kawasan. Desis pedih tika Aufa sengaja tekan kuat, geram sehingga mengalir lesu buliran jernih.

"Aku pergi dulu Nara. Take care." Lepaskan pegangan, sekadar usap pipi mulus isteri. Usir tangisan menodai wajah jelita, tampak itu paling indah berbanding lainnya.

"But..." Aufa renyuh kolar baju Reina, pinta berdiri secara paksa.

"I think, I will miss you." Terus tangkup kedua-dua pipi berbera Reina, meneliti raut sang isteri tercetak sendu. Tajam menikam iris bundar Reina, berkaca-kaca bersama susuk bergemelugut menerima tingkahnya.

"Especially your sexy body. I'm addicted to it." Sandarkan dahi masing-masing, Aufa katup mata nikmati. Berkaca-kaca ruas mata membendung rasa, benci bahang telapak tangan suami meraba pipi.

"Mutiara Aufa jaga diri elok-elok, terutama badan kau bila aku balik nanti. Aku nak tuntut ganjaran bila dah lama puasa," bisiknya sedersik. Pelan-pelan celik mata, selusup aksa Reina bercampur-baur emosinya. Betapa setiap perasaan meladeni begitu nyata, Reina tidak pandai kawal rapi isi hati.

"Awak pergilah Aufa." Bergetar nada menghalau, Reina pejam kelopak mata tak mampu. Menabrak pengkung dada, hanya panahan Aufa cukup membuatkan dia ranap sehebatnya. Ampuh dan lumpuh sendi endak berdaya, lawan Aufa tika ini sia-sia.

"Kau halau aku ke Nara sayang? Janganlah macam ni, nanti lama tau kau tak jumpa aku. Pandanglah aku sayang..." gemeresik nada membujuk, hela keluhan panjang lelah.

"Reina Yahaira, buka mata kau sebelum..." Cengkam wajah Reina kuat, melotot Reina berkolam memandangnya. Dengus amarah panahan lihai, persis mahu menelan isterinya hidup-hidup dek keberanian melawan dia.

"Awak nak apa Aufa?" Mengalir laju buliran jernih, retak sudah jiwa untuk dengarkan dendangan cela. Kewalahan lihat Aufa beria-ria perlekehkan dirinya, serendah itukah dia di mata suaminya?

Heh, lelaki yang kau panggil suami ini cumalah hakim. Berada dalam kandang mahkamah pesalah, akur pada setiap bait bicara yang dituturkan lantang dan nyata. Angkuh menjatuhkan hukuman, berat sehingga longlai jasad tak bermaya. Tiada lebih mahupun kurang, apatah lagi belas ihsan buatnya.

"I want to see your beautiful eyes. That blurry one, when you're crying underneath me." Aufa usir linangan jernih di tubir mata Reina, koyak senyum sinis gembira. Aufa inginkan wanitanya tatap jelas dirinya, tidak kiralah apapun perasaan Reina kepadanya.

Reina tergemap. Bibir diketap kuat, elak esakan kacau meletus hebat. Semakin deras meluruh air mata, sendat dada tika Aufa rebut peluang tuturkan kata menghiris dia. Selagi diberi waktu, Aufa tak pernah jemu. Bagai dirajah tajam begitu dalam, kerjap pedih mengawal rasa.

Menumpu tajam belahan bibir Reina, sedaya-upaya tahan sendu belenggu dada. Jauhkan muka, perlahan jatuhkan tangan ke belakang leher Reina. Tajam lemparan suatu tempat, menarik rapat tengkuk isteri sebelum dia satukan nafas mereka.

Paksa meskipun Reina menolak, tahan kuat sehingga ringisan Reina melangsi. Ambil kesempatan yang ada, mamah semahunya biarpun tangan kecil Reina naik cuba leraikannya. Paut merapat sehingga tiada ruang antara mereka, melalak sakit dek hampang nafas yang ada. Perit cengkeram menghimpit rengkung, Aufa cecap rakus seusai rentak dia.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now