PROLOG I

4.6K 101 7
                                    

SUASANA hingar-bingar dengan kekalutan melanda, katil putih menempatkan umi ditolak lekas-lekas oleh para doktor dan jururawat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUASANA hingar-bingar dengan kekalutan melanda, katil putih menempatkan umi ditolak lekas-lekas oleh para doktor dan jururawat. Kejadian itu dikejar remaja lelaki seawal usia sepuluh tahun, menggengam erat jari-jemari uminya sepenuh hati.

"Umi..." serunya perlahan, merenung sayu raut umi kelihatan seksa benar menanggung sakit. Sudah tiba masa permata kecil menghuni rahim umi bakal dilahirkan. Dia bakal menemui adik perempuan yang sering diusung umi selama sembilan bulan tanpa walid di sisi.

Walid. Satu-satu perjaka sepatutnya melindungi keluarga mereka, pergi menghadap Ilahi akibat kemalangan jalan raya sewaktu baru pulang menghantarnya sekolah. Untuk itu, anak lelaki ini menampung rasa bersalah asbab kematian walid biarpun dibujuk umi itu semua ketentuan Dia yang telah diaturkan sejak azali lagi.

"Umi janji jangan tinggalkan Aufa ya?" pintanya seakan benar-benar berharap. Umi merenung lembut Aufa, mengerjap terkebil-kebil anaknya apabila dia ukir senyum dalam payah.

"Insya-Allah, umi cuba ya Aufa."

Aufa turut lakar senyum tipis, ibarat membenarkan dan relakan umi berjuang dahulu. Genggaman tangan perlahan-lahan dileraikan, berembun juring mata menghantar pemergian uminya yang kian memasuki wad.

Aufa menapak cari tempat melabuhkan duduk, kerusi di sepanjang lorong dipilih salah satu. Belikat direbahkan kelelahan, menanti umi kesayangan dengan gaya berpeluk tubuh.

Beberapa minit terus berlalu, Aufa tersengguk-sengguk menyapu malas pandangan di hadapan. Tangan menggosok-gosok lengan bahu sendiri, membendung rasa sejuk mencumbui liang roma.

Seketika, pintu wad menempatkan umi akhirnya terbuka. Tangisan bayi bergema kuat menghiasi suasana, cukup menimbulkan syukur dan gembira terlakar di riak wajahnya. Aufa lekas-lekas bangun, mampir pada doktor untuk ketahui kondisi umi tercinta.

"Doktor, boleh saya tengok umi saya?" soal Aufa dengan reaksi polos. Serta-merta doktor tersebut menjatuhkan stetoskop yang dipasang, membiarkan tergantung di lehernya.

Aufa bingung. Mendung sungguh air muka doktor memandang dia. Seakan-akan simpati lantas bertinggung menyamakan paras wajah mereka. Telapak tangan doktor itu mendarat ke tempurung Aufa, mengusap lembut nan kasih sebelum menggeleng perlahan.

"Siapa nama awak?"

Aufa memberi raut tak semenggah. Kurang gemar bilamana pertanyaan dia diberi jawapan lain dan bukan sepatutnya.

"Aufa. Nama saya Aufa Fazrain," balasnya jua. Cemberut mengemam bawah bibir, anak mata Aufa picing tajam pada doktor itu.

Kontan bibir dia menggeleweh kecil. Terhibur melihat perlakuan kanak-kanak lelaki ini, tampak begitu tidak sabar dan menyayangi uminya.

"Alhamdullilah, adik perempuan awak selamat dilahirkan Aufa. Cuma..."

Jeda. Redup panahan dia pada Aufa, endak pasti bagaimana mahu menyusun butir aksara. Aufa pula sudah serupa cacing kepanasan. Sekejap-kejap bebola mata lirik ke dalam, beralih pada doktor yang begitu tunak berbaur sayu kepadanya.

Hangat Kasih Mutiara | CWhere stories live. Discover now