Line Between

By rayyanika

2.9K 15 1

This story has been posted in my previous wall (which is I take it down before)...and if you already read it... More

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89
90
91
92
93
95
96
97
99
100
101
102
103
104
105

94

28 1 0
By rayyanika

"Lagi tiga puluh saat." Madihah peluk lutut dengan mata dikerling pada stopwatch di skrin telefon Uzair. Kuaci segenggam dalam tapak tangan di gigit satu-persatu. Laju giginya menggigit kalah hamster.

"Betul ke tiga puluh? Bukan sepuluh?" Ketat mulutnya menahan lenguh.

"Bukan." Madihah tatap skrin telefon sambil gigit kuaci yang dia genggam. "Okay lagi sepuluh. Sembilan. Lapan." Dia angkat muka pada Uzair yang dah terbaring dengan peluh menitik penuh dahi. "Lagi lapan saat je kot." Tinggi suaranya tak puas hati bila Uzair dah terlentang dengan perut turun naik laju nak bernafas.

"Tak larat dah. Cukupp." Semput Uzair menjawap dengan tangan menepis angin. Serak suaranya keluar dari kerongkong. Allah...penat.

"Lapan saat je lagi. Abang dah tahan sembilan puluh dua saat takkan lapan saat tak boleh?" Masih juga belum puas hati. Masih juga nak berbalah dengan Uzair yang dah terlentang mencari nafas.

Uzair juling mata ke atas. Semput. "Cakap orang pandai, cuba Madi buat pula." Cabarnya pada Madihah sambil membalikkan badan nak meniarap. Seronok je bini aku ni membebel ke orang. Dia fikir macam mana rasanya buat plank exercise ni, nasib tak terkehel tulang bahu aku.

"Kenapa pula? Madi tak gemuk, abang tu yang bising cakap dah gemuk." Madihah sorok senyum yang hampir terukir. Tadi Uzair bising cakap rasa macam dah gemuk. Dah nak boroi padahal sama je Madihah tengok, masih flat masih ada sixpack. Tak adalah gemuk membuncit pun. Memanglah sejak-sejak dah kahwin ni selera Uzair bertambah sikit bab kata adik-adik. Tapi tak adalah nampak ketara sangat badannya naik. Madihah ni adalah yang naik badan sampai baju dah kena tukar size.

Uzair gelak mengekek dengan niat nak menyakat. "Amboi tak sedar diri. Siapa yang sampai kena jahit baju kurung lain sebab semua baju dah sendat tak boleh masuk?'' Uzair tarik tuala kecil yang tersangkut pada penyandar kerusi kerjanya. Kena siap sedia ni mesti ada barang terbang kejap lagi.

Debukkk!

Selamat kusyen kecil dari atas sofa singgah ke belakang badannya. Dah kata dah. Madihah ni memang ada penyakit yang dah tak boleh nak ubat. Tangan tu langsung tak boleh nak diam kalau hati dia terusik. Terus ringan je nak memukul orang. "Tak baik tahu pukul suami." Gertak Uzair dalam senyum yang disimpan.

"Bukan pukul. Ini namanya panggilan cinta." Madihah tergelak besar bila Uzair jengilkan mata kecilnya. Aduhai lemah betul kalau Uzair cuba jengil biji mata. Macam kartun, mesti Madihah akan tergelak sungguh-sungguh tak dapat nak tahan.

Uzair ikut senyum lebar. Senang hati betul kalau tengok Madihah ketawa. Comel sungguh. "Dah tak payah nak gelak-gelak. Pergi mandi tadi kata nak ikut ambil Zaki nanti." Uzair tepis kaki Madihah dengan tuala yang dia buat lap peluh di muka.

"Tak baik tahu tak pukul bini. Tak berkat." Madihah kembali mengejek Uzair yang dah duduk bersandar pada sofa. Penat sungguh laki aku ni gaya baru lepas masuk Iron Man je.

"Bukan pukul. Ni namanya libasan sayang. Pergilah mandi." Uzair senyum semeweh pada Madihah yang dah mencuka.

Madihah bangkit dari sila di lantai. Dia rebahkan punggung sebelah Uzair. Kuaci dalam tapak tangan dihulurkan dengan tangan kanan masih setia membawa biji bunga matahari itu ke mulut. "Awal lagi ni. Hari ni kan Zaki balik lewat tak ikut jadual biasa."

Uzair kerut dahi dengan tangan dibawa mencubit biji kuaci dalam tangan Madihah. "Ye eh Zaki balik lewat?"

Laju Madihah tepuk dahi. Laki aku ni memanglah. "Betullah kan semalam Zaki cakap hari ni dia balik lewat ada aktiviti silat." Matanya dijulingkan ke atas. Tua dah mungkin laki aku ni, kurang ingatan.

Uzair sandar kepala pada sofa. Dia pejam mata sejenak sambil timbang-tara dalam kepala. Kalau tidur barang sejam dua ni sempat lagi. Sudahlah semalam dia tidur lewat nak siapkan drawing yang Yayang minta. Berlipat segala urat sendi nak melukis balik selepas lama dia tak pegang pen dan pensel. Tambah dengan Zaki dan Madihah pula sibuk dok menempel di sebelah kiri-kanan.

"Ni apa abang?" Polos Madihah bertanya.

"Rumput." Sama polos dia menjawap dengan mata dikerling pada lakaran yang berconteng seperti garisan hitam mendatar.

Ooo..."Rumput pun kena lukis." Zaki pula ikut menjawap polos.

"Ini apa?" Jari Madihah dibawa ke atas kertas putih yang terbentang atas meja. Menyentuh pada garis lurus yang dilakar dengan liner pen 0.3mm.

"Lintasan pejalan kaki." Masih juga polos dia menjawap. Lurus bendul sungguh.

Ooo...bulat mulut Madihah dan Zaki.

"Kenapa rumah kena ada pejalan kaki?" Zaki bertanya dengan mata terkebil-kebil memandangnya.

"Ini bukan rumah. Ni plan nak buat baru hostel. Jadi kena ambil menyeluruh dari petak ni sampai sini." Bersungguh dia menjawap dengan jari dibawa menunjuk situ sini dalam drawing yang terbentang. Tetapi akhirnya dia sesal sendiri bila melihat wajah kelam Madihah dan Zaki saling berpandangan.

"Rumah dengan hostel tak sama ke?"

Uzair tersenyum sendiri. Aku rasa dah gaya ada dua orang bini je melayan Madihah dan Zaki. Sama-sama polos, sama-sama kebudak-budakan. Seronoklah Zaki bila ada kakak ipar yang sepesen sama perangai dengannya. Yang melayan dia main PUBG, yang boleh lawan Mobile Legend dengan dia. Yang pesen aci redah berjaga tengok Arsenal dengan dia. Yang tak segan silu beratur belakang Zaki tunggu turn belajar mengaji dengan Uzair selepas maghrib.

"Abang senyum-senyum tu mengumpat dalam hati ke apa?" Madihah siku rusuk Uzair yang tak berbaju.

"Mana ada. Tak baik tahu tak fitnah orang." Uzair menjawap rendah dengan mata masih terpejam rapat. Madihah ni tahu-tahu je kalau orang dok fikir pasal dia.

"Abang." Meleret suara Madihah memanggil.

Hmm..."Apa?"

"Madi nak tanya boleh?"

"Tu dah tanya."

"Abang ni...boleh tak nak tanya ni?"

Allahuakbar isteri aku ni. Macam ini rupanya bila ada perempuan dalam rumah. Betullah kena banyak sabar. Kalau dulu ada Zaki dengan Amirul, bila nak tanya apa-apa semua gasak tanya je. Tak pernah pula nak minta kebenaran bagai. Bila tiba-tiba ada seorang yang bernama Madihah ni, segala benda nak tanya mesti dia minta kebenaran. "Iyaa sayang, apa dia?" Uzair palingkan wajahnya menghadap Madihah yang dah bersila sebelahnya. Kuaci segenggam tadi dah habis rupanya patutlah dia melalut ikut sedap mulut.

"Abang dengan Mak Uda kenapa?"

Uzair diam. Dipandangnya mata Madihah yang bening redup sejuk sampai tangkai jantung. Betullah wanita ini sangat polos sampaikan kadang-kadang dia tak pandai nak sembunyikan gelodak hati sendiri. Lama dia diam, sekadar memandang kosong wajah Madihah yang masih setia menanti. Uzair lipat sila atas sofa, dirapatkan lututnya berlaga dengan kepala lutut Madihah. Dia usap rambut Madihah yang jatuh mengurai paras bahu. "Kenapa Madi nak tahu?" Lembut suaranya.

"Sebab Madi tak pernah tahu pun apa jadi dengan abang dan Mak Uda. Dulu Wan selalu cakap kasihan abang, muda-muda dah kena galas tangungjawap besar." Madihah rebahkan kepalanya pada sofa dengan mata masih memandang sayu wajah Uzair.

Kuat Uzair tergelak bila Madihah kata begitu. "Wan kasihan tapi Wan dok belasah abang sampai berparut macam ni kenapa?" Sengaja dia nak menyakat Madihah yang dah leper ke sofa. Kalau Zaki dengan Amirul tak ada kat rumah memang macam inilah Madihah. Seronok dia leper berguling sana berguling sini lepaskan rambut. Cuba kalau tiba-tiba bunyi enjin kereta Amirul masuk laman, berkejar tak cukup tanah dia nak cari tudung sarung.

"Abang ni, jawaplah dulu. Orang tanya tak jawap pula." Perlahan suara Madihah merungut. Dia dah tak boleh sabar, nak tahu sangat-sangat dah. "Kalau abang cerita, nanti Madi bagitahu satu cerita besarrr sangat yang abang tak pernah tahu. Deal?" Madihah angkat jari kelingking nak mengikat perjanjian dengan Uzair yang masih ketawa.

"Iyaa iyaa. Deal." Uzair mengikat jari kelingkingnya dan jari kelingking Madihah di udara. Rahsia apalah sangat Madihah oi sampai nak pertaruhkan ni. Uzair tarik nafas dalam-malam. Hembus. "Nak mula dari mana?"

"Dari Mak Uda divorced?"

"Diorang berpisah masa abang tingkatan empat. Masa tu Zaki tak ada lagi. Mirul sekolah rendah." Uzair tarik tangan Madihah. Dimainkan jari-jemari Madihah yang putih runcing memanjang dek nak menghalau rawan di hati. "Lepas tu ayah pergi, tinggalkan kitorang dengan ibu. Tapi tak lama, sebab ayah dapat tahu ibu pregnant. Diorang rujuk balik." Uzair tunduk sayu bila teringat macam mana ayah ceraikan ibu dengan talak satu depan opah dan Wan. Masa tu dia dah dewasa, sudah enam belas tahun. Dah cukup matang kalau nak dibandingkan dengan Amirul yang baru darjah empat.

Uzair angkat muka, jatuh pada wajah manis Madihah yang setia mendengar. Bening matanya sabar menanti Uzair habis bercerita. Seperti Uzair kecil-kecil dahulu masa mendengar opah bercerita pasal susah hidup zaman Jepun. "Lepas ibu lahirkan Zaki, dia macam meroyan. Bergaduh je dengan ayah sampaikan ayah naik kaki tangan pukul ibu. Diorang berpisah sekali lagi, and kitorang bangun satu pagi tu ibu dah tak ada. Dia tinggalkan kitorang bertiga tak pesan apa pun. Masa tu abang dah tingkatan lima dah, dah besar dah pun." Uzair senyum tawar segaris. Rasa bergenang air mata memenuhi kelopak yang hanya menunggu masa nak luruh dari tubirnya.

Madihah usap pipi Uzair yang mula memerah menahan pedih hati. Wajarlah kalau Uzair tiba-tiba marahkan Mak Uda sampai macam ini sekali. Seingat Madihah Mak Uda itu paling sayangkan Uzair, paling manjakan Uzair. "Abang patut syukur, abang dapat juga kenal dengan ibu. Dengan ayah. Madi ni, tak tahu siapa ibu siapa ayah Madi. Lagi sedih." Madihah sapu air mata yang tumpah perlahan-lahan dengan hujung jari.

Uzair senyum lagi segaris. Lebih lebar dari tadi. "Pak Lang dengan Mak Lang tu kan mak ayah Madi." Dia pegang tangan Madihah di pipi. Madihah Suhaila ni nama baru yang Pak Lang namakan. Madihah adalah bayi yang punya sejarah tragis sedari kecil. Ditinggalkan di baby hatch sebelum dijadikan anak angkat oleh keluarga India di Selangor dan dinamakan Alakana yang bermaksud cantik dalam bahasa Tamil.  Pak Lang ambil Madihah selepas keluarga angkatnya meninggal kerana kemalangan ketika dia berusia tiga tahun dan ditukar nama kepada Madihah Suhaila. Cahaya bulan yang terpuji kata Pak Lang sebab mereka jumpa Madihah dibawah cahaya bulan terang purnama. Entah iya, entah tidak. Terima sajalah. Lagipun ketika Madihah mula-mula datang dalam keluarga mereka, Uzair kecil lagi.

Madihah ukir senyum lebar. "Abang jangan sedih ye, let bygone be bygone. Kita start hidup baru, buka buku baru yang happy-happy je."

Terus Uzair tergelak kecil. Tadi dia juga yang sibuk tanya konon nak tahu, sekarang ni dia pula yang suruh lupakan. Aduhai Tuhan, susahnya nak faham makhluk ciptaanMu ini. "Dah pergi mandi. Bini siapa ni malas mandi sampai pukul dua pun tak mandi lagi."

"Bini Muhammad Uzair." Madihah jelir lidah pada Uzair sambil ketawa mengekek.

Continue Reading

You'll Also Like

233K 36K 105
Maran and Maya, two independent individuals hate each other out of their family background but destiny has some other plans by bringing them together...
160K 6.1K 78
Not many people understood 12 year old Jessica, as a person and an individual. That doesn't include, however, her older sister, who Jessica adores w...
20.7K 1.4K 26
Hooked onto drugs, no family, no guidance or sanity until she met HIM. Cover Creds: @Triceynexttdoor ❤️ -BLICKY.
135K 4.3K 35
Nollani is a 21 year old student, she has a big personality that only the closest know. She's very independent but very deep down wants a mommy to de...